10 PERKARA ANNUAR MUSA PATUT BUAT DAHULU DAN SEKARANG

821
SHARES
4.8k
VIEWS

1. Annuar Musa patut melompat ke PPBM sejurus selepas PRU-14 semasa penghijrahan ‘katak-katak’ ke PPBM dahulu. Jika tidak, beliau boleh jadi seperti Hamzah Zainuddin – pencatur yang hebat dalam PPBM. Tetapi Annuar Musa silap percaturan. Konon mahu kekal dalam UMNO dan jadi ‘power broker’ dalam UMNO, tetapi malangnya tidak menjadi.

2. Annuar Musa patut mendahului Hamzah Zainuddin merangka strategi melemahkan UMNO daripada dalam PPBM, bukannya UMNO. Ini kerana segala gerak kerja beliau akan lebih dihargai dan dipandang mulia. Silap-silap kalau kena gayanya, Annuar Musa boleh boleh pergi jauh dalam PPBM.

3. Annuar Musa patut masuk PPBM dan bertanding jawatan Timbalan Presiden PPBM, bukannya lawan Timbalan Presiden UMNO. Jika mahu dibandingkan, Annuar Musa jauh lebih berkredibiliti dari Faizal Azumu a.k.a Peja. Annuar Musa pakar perang saraf dan ‘orator‘ yang baik. Bab enjoy? Carilah sendiri jawapannya..

4. Annuar Musa patut masuk PPBM dan ‘melanyak’ UMNO daripada PPBM. Annuar Musa ada pengalaman lama sebagai pemimpin UMNO. Sudah tentu pengalaman beliau akan dihargai dalam PPBM. Berbanding dengan melanyak UMNO dari dalam, Annuar Musa hanya ‘membunuh diri’ dan sengsara melanyak UMNO dari dalam.

5. Annuar Musa patut masuk PPBM dan ‘deal‘ kerusi Ketereh untuk dirinya. Dalam keadaan sekarang, belum tentu UMNO akan mencalonkan beliau di kawasan tersebut. Saingannya di Ketereh dari PPBM, Dr. Radzi Jidin Menteri Kanan Pendidikan perlu akur kerana Annuar Musa lebih senior, berpengalaman dan berwawasan.

6. Annuar Musa patut desak diadakan PRU segera. Dalam keadaan sekarang kerusi menteri yang dipegang belum tentu selamat jika UMNO menarik diri dari kerajaan Perikatan Nasional. Apabila ada PRU dan Annuar Musa boleh bertanding di bawah tiket PPBM, tentu beliau akan diberi jawatan yang lebih kanan dari jawatan sekarang (kalau beliau dan PPBM menang). Apa barang jadi Menteri Wilayah… 

7. Annuar Musa patut mendesak UMNO diharamkan. Barulah beliau senang mencari ‘padang’ politik baharu untuk bermain. Tidak perlu alasan ‘rakyat’ mengapa berhijrah. Annuar Musa tentunya akan diterima baik oleh PPBM dan rakan sekutunya kerana telah memainkan peranan besar merasionalkan mengapa PPBM mendapat jawatan Ketua Menteri Sabah.

8. Annuar Musa patut ‘balun’ Presiden UMNO lebih kuat lagi. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Hayatnya dalam UMNO pun sudah tidak ke mana, hanya tunggu mereput sahaja. Annuar Musa patut hentam lebih kuat semasa sidang media beliau tempohari.

9. Sementara ada hayat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa buatlah apa yang patut dibuat betul-betul. Tetapi jangan sampai jadi macam beliau jadi Menteri KPLB dalam UMNO/BN dahulu. Berlaku rasuah, KSU kena denda lebih setengah juta ringgit dan dipenjara, yang lain terlepas ketika itu. Jagalah apa yang patut.

10. Dan akhir sekali, Annuar Musa patut hentam PAS kerana tidak ‘back-up‘ beliau selaku orang yang pernah menjadi Setiausaha Agung Muafakat Nasional. Lim Guan Eng sudah kata Annuar Musa ‘lidah biawak’. Tetapi PAS diam sahaja. Tidak pertahankan langsung Annuar Musa. Annuar Musa patut kata PAS yang lidah biawak kerana dalam keadaan begini, teruk beliau kena balun kiri, kanan, atas dan bawah…

Paku Warren

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts