SARANAN BUAT UMNO DALAM ISU ANNUAR MUSA

733
SHARES
4.3k
VIEWS

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Ini pula adalah jawapan untuk kawan-kawan UMNO dalam isu Tan Sri Anuar Musa

1. Apa juga yang dibuat, ikutlah Perlembagaan parti. Jangan buat keputusan sendiri. Keputusan yang benar akan dilihat salah jika caranya tidak betul

2. Tan Sri Annuar Musa digugur selepas desakan Ketua-ketua Bahagian. Tetapi media tahu lebih awal. Itu bermakna ada pihak yang telah bocorkan keputusan mesyuarat. Belajar daripada PAS pada zaman Pakatan Rakyat. Rosaknya mereka ketika itu adalah apabila ada ahli mesyuarat yang tidak amanah.

Siasat dan ambil tindakan segera. ‘Necessary evil’ kadang-kadang sesuatu yang perlu untuk menstabilkan parti

3. Apapun yang anda semua buat, jangan serang PAS secara terbuka. UMNO dan PAS adalah teras kepada perpaduan orang Melayu. Parti lain adalah ‘supplementary’ sahaja. Bersatu, Berjasa, Ikatan adalah nilai tambah.

Sudah boleh ke PAS serang UMNO? Saya sudah jawab dalam status sebelumnya. Ini status untuk anda, bukan mereka.

Rujuk pautan;

https://editormalaysia.com/20612/

4. Hormat hak PAS untuk berada dalam Perikatan Nasional walaupun itu menyakitkan anda. Sepertimana mereka juga perlu hormat hak anda untuk tidak bersama dengan Bunga Raya.

5. Jika benar ada usaha untuk bersama DAP seperti yang digembar-gembur musuh dan rakan ketika ini, maka jangan. Betul UMNO menguasai undi Melayu dan DAP menguasai undi Cina.

Tetapi dalam politik, 1 + 1 tidak semestinya akan jadi 2. Boleh jadi jumlahnya 0.5

Saya percaya itu hanya rumours sahaja. Tuan-tuan lebih cerdik daripada saya. Tetapi fitnah sekiranya tidak dihentikan, maka akan dipercayai semua.

6. Saya bukan ahli UMNO. Tetapi kalau ditanya pendapat saya, maka berjalanlah sendiri sepertimana anda semua lahir dahulu. Sendiri. Jika pokok anda benar-benar kuat, maka burung-burung tetap akan kembali bertenggek di dahan. 

Bajalah pokok anda sesungguh-sungguhnya.

7. Jika anda memilih untuk sendiri, elakkan bertembung dengan PAS dalam PRU. PAS sahaja, PPBM itu ikut saudara-saudara semualah hendak ketuk kepala atau bagaimana.

PAS adalah pengimbang anda. Hubungan kalian adalah “love-hate relationship” yang telah ditakdirkan untuk negara kita.

Pertembungan anda berdua, akan merugikan semua.

8. Jika anda mahu PRU segera, maka yakinkan rakyat bahawa ia adalah sesuatu yang perlu untuk mereka. Bukan untuk anda.

9. Jaga Presiden anda. Kalau tidak suka, tukar ketika pemilihan. Cara yang paling mudah untuk membuat sesebuah parti tidak relevan adalah dengan menyerang Presidennya.

Sebab itu dahulu ketika kempen PRU-14, sasaran Pakatan Harapan adalah Datuk Seri Najib dan Tuan Guru Haji Hadi. Mereka tidak buang masa serang pemimpin lain.

Presiden adalah institusi. Bukan individu. 

10. Hati-hati dengan pemimpin yang suka menyerang pemimpin parti sendiri. Ketika krisis 2015 dahulu, sebahagian MT UMNO bersungguh-sungguh mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada parti walaupun Datuk Seri Najib berat hati. 

Hari ini mereka yang bersungguh dahulu itu telahpun masuk Bunga Raya atau jadi menteri yang setia. 

Yang itu saya akan cerita kemudian. 

11. Be firm dengan apa yang tuan-tuan mahukan. Jika hendak tolak kerajaan, maka tolak dengan cara yang betul.

Jangan buat macam belanjawan. Bising-bising kemudian sokong pula. Orang tengok boleh sakit hati. 

Itu sahaja. 

Saya bukan ahli UMNO. Jika ada manfaat, ambillah. Jika tiada, tinggalkan. Jika hendak kutuk saya melalui suara parti-parti tertentupun dipersilakan. 

Kerana hanya Allah yang tahu apa sebenarnya yang ada dalam lubuk hati saya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts