NARATIF “MELAYU ADALAH PENDATANG” MERUPAKAN PROPAGANDA KOMUNIS

456
SHARES
2.7k
VIEWS

Oleh Mohd Herman Roslan

Sejarah sering dikatakan oleh orang yang menang, bagi yang kalah pula mereka hanya senyap dalam peluk diri dan reda dengan keadaan yang berlaku. Apapun situasi itu berlaku apabila berdepan dengan isu sejarah yang sangat ekstrem dengan rasisme.

Apa itu rasis? Semuanya berasal dari perkataan etnosentrik iaitu bila suatu kaum itu melebihkan kaumnya sahaja atau yang merasakan kaumnya ditindas dari pelbagai sudut lalu bangkit membela bangsanya sahaja tanpa mempedulikan bangsa lain. Dalam Arab disebut ‘assabiah’ dan Melayunya dikenali sebagai sifat perkauman. 

Selama 5 tahun dengan penuh minat saya memerhati lalu membuat kajian pada sejarah dan politik kaum Cina, dalam pemerhatian ini saya dapat melihat kelemahan pemimpin-pemimpin negara khusus dari kalangan orang Melayu dibanding dengan kaum Cina. Sementelah lagi dengan isu ini terdapat banyak buku-buku yang ditulis dalam bahasa Inggeris membahas perkara ini yang sangat tidak disukai oleh orang Melayu.

Selain isu Parti Komunis Malaya (PKM), perihal “Kampung Baru” selalu dilupakan sedangkan ia adalah titik tolak kepada semua yang berlaku hari ini. Kesemuanya terdapat sebanyak 600 buah penempatan kampung atau kem sebenarnya, yang mana 440 buah dibina sepanjang 1952 hingga 1956 dan baki 140 dibina 1957-1970.

Kampung Baru fasa 2 ini pula ialah kampung yang dibina oleh gerombolan komunis yang serah diri semasa insurgensi kedua dan sisa-sisa inilah yang kebanyakannya bersama DAP dan kemudiannya membiak. Itupun hasil sikap simpati pemimpin Melayu yang tidak mahu ‘sapu bersih’ atau hapuskan semua pengganas komunis ini sampai lumat, alasannya mahu memberi peluang kehidupan baru.

British memang tidak percaya kepada orang Cina sejak Perang Dunia Kedua tamat

Selain dari itu, sejarahnya pihak British tidak membenarkan tentera Jepun menyerah diri kepada mana-mana pasukan MPAJA, dan British selepas penyerahan Jepun meminta supaya tentera Jepun kekal terus mengawal keadaan dan keselamatan bandar yang mereka duduki sehingga kumpulan F136 tiba ke bandar mengambilalih keselamatan bandar tersebut.

Tujuannya kerana pihak British tidak mahu gerila ini mendapat lebih banyak kuasa dan pengaruh ke atas penduduk sekiranya mereka berjaya menahan tentera Jepun yang selama ini menindas para penduduk tempatan khasnya orang-orang Cina.

Hari ini, keadaan berubah apabila orang Melayu pula dikatakan sebagai imigran disebabkan propaganda politik yang dimainkan. Isu manipulasi fakta dengan mengatakan orang Melayu ini imigran sudah berlaku sejak tahun 1951, apabila Sir Tun Tan Cheng Lock marah kepada Sultan Melayu apabila Tuanku Sultan menerima kerakyatan imigran dari Indonesia untuk dijadikan sebagai rakyat di negeri-negeri dalam persekutuan yang mempunyai Sultan.

Tan Cheng Lock pernah mengutus surat kepada British dan berkata kebanyakan ahli di dalam Rejimen 10 Melayu terdiri dari Melayu imigran yang datang dari Indonesia dan mereka ini juga menyokong perjuangan kemerdekaan Indonesia. Sepatutnya pihak British menghalau terus mereka (imigran indonesia) ini dari Tanah Melayu.

Dalam waktu yang sama Cheng Lock juga membantah semua keputusan yang dibuat oleh UMNO dan tidak bersetuju dengan pengiktirafan British terhadap orang Melayu sebagai kaum pribumi asal Semenanjung Tanah Melayu ini. British membalas, imigran yang menyokong pergerakan pengganas komunis tidak seramai dengan imigran masuk ke sini.

Tujuan British membenarkan imigran Indonesia masuk ke sini ialah untuk mengimbang populasi bukan Melayu di mana pada ketika itu 1940-1950. Nisbah Melayu 1:2.5 bukan Melayu. Jadi, Sultan yang selama ini nampak diam jelas melihat keadaan yang berlaku pada masa itu.

Tan Cheng Lock dan Cina-cina ini menyangkakan yang Sultan-sultan Melayu ini telah lupa kepada tragedi “Perang Bijih Timah” tahun 1800-1896 yang berlaku di Tanah Melayu pada masa itu. Maka disebabkan itu, Tan Cheng Lock dan kaum Cina dari Malaya menjaja slogan bahawa “British telah memberi kerakyatan kepada Melayu Indonesia dan bukan kepada mereka kaum Cina”.T

etapi dalam masa sama kaum Cina turut meminta supaya Negeri-negeri Selat diserahkan kepada mereka. Kaum Cina mahukan sebuah negeri berasingan dari orang Melayu dengan harapan tidak perlu bercampur dengan orang Melayu.

Sekali lagi British membalas, “Negeri-negeri Selat ini diambil dari Melayu dengan cara perjanjian dan bukannya peperangan” dan walau apa sekalipun keadaannya semua negeri ini asalnya milik orang Melayu sebab tiada bangsa lain sebelum Melayu yang menjajah negeri-negeri itu sehinggalah kedatangan orang Eropah.

Tan Cheng Lock dan beberapa pertubuhan Cina tetap tidak berpuas hati – akhbar Cina dengan lantang mengatakan “Apakah erti kemerdekaan kepada orang Cina jika orang Melayu menjadi tuan dan bukan Melayu menjadi hamba?” Namun begitu British tidak melayani provokasi tersebut.

Kemunculan PKM dan pengaruh komunis di Asia Tenggara menyebabkan London berpendapat untuk mengatasi pengaruh Komunis ini maka pihak British haruslah berpihak kepada orang-orang Melayu atau orang asal tempatan, dan bukannya memberi bantuan kepada orang Cina dan menyebabkan London mengarahkan Tanah Melayu membatalkan Malayan Union. British mahu melindungi kepentingannya di sini.

Komunis pula bila mendapat tahu dan nampak British seakan-akan memberatkan kecenderungan berpihak kepada orang Melayu, segera membuat propaganda bahawa British melebih-lebihkan Melayu dan menyebabkan ramai Cina di kampung-kampung dalam keadaan terpaksa mulai menyertai PKM. Sejak itulah kaum Cina diajar bahawa Melayu adalah merupakan pendatang dan malangnya “Melayu urban acah moden” turut menyokong kenyataan tersebut.

Akibatnya bangsa Cina yang sebenarnya rasis dan memanipulasi tetapi orang Melayu pula yang dituduh sebagai rasis. “Jika Melayu sendiri tidak melawan menggunakan sejarah maka jangan marah jika ‘kepala dipijak’ oleh bangsa lain”. Orang Melayu mesti belajar sejarah kaum lain. Berkenaan bab ideologi Cina mereka kata, “Kami Kuomintang atau komunis”. Bab perkauman mereka, kaum Cina boleh kata, “Melayu ini terlalu rasis dan pendatang dari Indonesia!” 

Berhati-hati, sejarah tidak pernah menipu.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts