• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Monday, January 18, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

KERAJAAN PERLU TELUS, BERI PENJELASAN ISU PEMBATALAN HSR

Alasan pembatalan bercanggah antara Malaysia dan Singapura, jejas kewibawaan kerajaan

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
January 5, 2021
in Laporan, Utama
0
KERAJAAN PERLU TELUS, BERI PENJELASAN ISU PEMBATALAN HSR
23
SHARES
254
VIEWS

Dato Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Keputusan kerajaan membatalkan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur – Singapura (HSR) memerlukan ketelusan dan penjelasan sewajarnya.

Penjelasan Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ya Kung di Parlimen Singapura semalam, 4 Januari ternyata sangat bercanggah dengan penjelasan yang dikemukakan oleh YB Datuk Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1 Jan 2021 bahawa projek tersebut tidak lagi berdaya maju untuk dilaksanakan kerana impak pandemik Covid-19.

Apatah lagi kurang dua bulan lalu, Kerajaan Persekutuan sangat bersungguh-sungguh ingin meneruskan projek mega ini yang dijangka dapat menjana kesan pengganda yang positif terhadap ekonomi negara dalam pernyataan Belanjawan 2021.

Perubahan mendadak dalam keputusan berkaitan projek berimpak tinggi seperti ini serta ketidaktelusan kerajaan tentang pelbagai aspek, termasuk sebab sebenar dan jumlah pampasan yang mesti dibayar oleh Malaysia telah menyusutkan kewibawaan kerajaan. Semua ini terus menghakis keyakinan pelabur luar terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih.

Tambahan pula, implikasi dari pembatalan HSR bermakna segala perancangan pembangunan bandar dan pertumbuhan pelbagai sektor ekonomi akan menerima impak negatif; termasuk hab pengangkutan bersepadu seperti Bandar Malaysia serta pembangunan bandar lain sepanjang laluan HSR.

Jikalau projek ini diteruskan tanpa Singapura, ia tidak lagi strategik. Kerajaan nyata tidak mempunyai “an overarching strategy” dalam melaksanakan projek mega sebegini. Dasar prasarana dan keputusan ekonomi kita nyata terpisah dari realiti integrasi ekonomi rentas sempadan yang selama ini kita perjuangkan melalui pelbagai kerjasama ekonomi serantau.

Namun, keutamaan waktu ini ialah ketelusan dan akauntabiliti pihak kerajaan. Oleh kerana projek ini melibatkan dana awam, termasuk pembayaran pampasan kepada Singapura, Kerajaan Malaysia wajar tampil dan menjelaskan segala percanggahan dalam kenyataan yang dikeluarkan dan berhenti daripada terus mengelirukan rakyat.

Tags: HSRsingapuraTok Mat
Previous Post

QIAM BANTAH MCA SOKONG AKTIVITI AGUNGKAN KOMUNIS

Next Post

NARATIF “MELAYU ADALAH PENDATANG” MERUPAKAN PROPAGANDA KOMUNIS

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

HSR DIBATALKAN KERANA KERAJAAN PN MAHU HAPUSKAN ASSETSCO – KERAJAAN SINGAPURA

HSR DIBATALKAN KERANA KERAJAAN PN MAHU HAPUSKAN ASSETSCO – KERAJAAN SINGAPURA

January 5, 2021
MEMAHAMI KERUGIAN AKIBAT PEMBATALAN HSR MELALUI SUDUT EKONOMI KEYNESIAN DAN KONSERVATIF FISKAL

MEMAHAMI KERUGIAN AKIBAT PEMBATALAN HSR MELALUI SUDUT EKONOMI KEYNESIAN DAN KONSERVATIF FISKAL

January 1, 2021
MALAYSIA PERLU SEGERA PULIHKAN IKLIM PELABURAN DAN EKONOMI NEGARA

MALAYSIA PERLU SEGERA PULIHKAN IKLIM PELABURAN DAN EKONOMI NEGARA

December 6, 2020
PILIHAN RAYA UMUM KE-15 PERLU DISEGERAKAN – IT’S NOW OR NEVER

PILIHAN RAYA UMUM KE-15 PERLU DISEGERAKAN – IT’S NOW OR NEVER

June 30, 2020
ISU COVID-19: INI RUJUKAN BUAT GUAN ENG

ISU COVID-19: INI RUJUKAN BUAT GUAN ENG

February 20, 2020
JUMLAH KEMATIAN AKIBAT COVID-19 MELEBIHI ANGKA 2000

JUMLAH KEMATIAN AKIBAT COVID-19 MELEBIHI ANGKA 2000

February 19, 2020

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In