ZAHID: UMNO DAN BN BERTANDING DI SEMUA KERUSI DIMENANGI PADA PRU-14

458
SHARES
2.7k
VIEWS

Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata Majlis Tertinggi UMNO membuat keputusan untuk bertanding di semua kerusi Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14.

MT UMNO memutuskan bahawa semua kerusi UMNO dan Barisan Nasional sama ada Parlimen atau DUN yang dimenangi pada PRU-14 lepas wajib kita ambil alih semula untuk kita tandingi. Kerusi itu UMNO punya, UMNO akan tuntut balik kerusi itu.”

UMNO turut memutuskan semua calon parti itu dan Barisan Nasional yang bertanding pada PRU-15 akan menggunakan lambang Barisan Nasional.

Zahid turut menjelaskan bahawa UMNO dan BN tidak pernah dan tidak akan menyertai Perikatan Nasional sebaliknya sokongan yang diberikan kepada kerajaan PN ketika ini merupakan sokongan daripada Ahli-ahli Parlimen sahaja.

Tambah Zahid, ia bukan sokongan kepada pendaftaran Perikatan Nasional malah tiada piagam baru yang dimeterai sebagaimana tular bahawa beliau telah menandatangani piagam tersebut.

Justeru Bersatu perlu bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan terutamanya Ahli-ahli Parlimen dan ADUN UMNO yang melompat menyertai mereka sebelum ini seperti Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan kumpulannya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts