BUKAN HANYA UMNO, AHLI PAS JUGA KENA ‘PIKAT’ DENGAN PPBM

431
SHARES
2.5k
VIEWS

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Pendedahan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa PPBM cuba ‘curi’ atau ‘pikat’ ahli UMNO ni bukan cerita baru. Elok juga Wan Saiful hendak saman, boleh kita buka bukti dalam mahkamah nanti. [1]

Tetapi sebenarnya bukan UMNO sahaja yang kena. PAS pun kena ‘usik’ juga. Sebagai contohnya pengakuan YM Tengku Shah Amir bin Dato Tengku Perang iaitu Timbalan YDP PAS Kawasan Raub (lihat tangkap layar dibawah). [2]

YM Tengku dedahkan bahawa terdapat usaha-usaha memikat ahli PAS bagi menyertai dan menguatkan PPBM di Parlimen berkenaan.

Kenapa Raub?

Jawapannya sebab Raub adalah salah satu daripada 5 kerusi Parlimen yang menjadi sasaran PPBM untuk ditandingi dalam PRU-15. 4 lagi adalah Kuantan, Indera Mahkota, Bentong dan Temerloh. [3]

Kalau ikut persetujuan formula dalam Muafakat Nasional sebelum ini, Kuantan (dan mungkin Indera Mahkota) sepatutnya ditandingi oleh PAS kerana jumlah undi tinggi yang diperoleh parti tersebut dalam PRU-14.

Tetapi sekiranya PAS terikat dengan rundingan dalam Perikatan Nasional, nasib PAS dalam Parlimen-parlimen ini akan tergantung.

Dakwaan YM Tengku sebenarnya membuktikan PPBM ni adalah parti yang tidak boleh dipercaya. Kiri kanan dia ‘sebat’. Tidak kira kawan, tidak kira musuh. Sebat belaka.

Hendak marah PPBM pun tidak boleh sangat. Mereka adalah parti politik. Parti politik akan melakukan apa sahaja untuk kekal relevan dan kuat termasuklah power balancing, hedging dan usaha untuk menjadi hegemon.

Yang perlu ditanya adalah sekutu-sekutu PPBM sekarang ini. Yang kita pakat reda orang buat kita macam ini pasal apa?

Rujukan:

[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4122172627812753&id=116331768396879

[2] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4792109400863402&id=100001931671538

[3] https://www.utusan.com.my/berita/2020/12/5-kerusi-parlimen-di-pahang-milik-bersatu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=5-kerusi-parlimen-di-pahang-milik-bersatu

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts