NAJIB DEDAH KONSPIRASI ANTARA CLARE BROWN, JUSTO DAN MAHATHIR TERHADAP BELIAU

1.5k
SHARES
9k
VIEWS

Oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

Xavier Justo ini warga Switzerland.

Dia pernah diambil oleh kawannya untuk bekerja sebagai seorang pengarah di syarikat PetroSaudi yang pernah ada usahasama dengan 1MDB dari tahun 2009 hingga 2011.

Syarikat PetroSaudi dimilik oleh Putera Turki Bin Abdullah Al-Saud iaitu Putera ke-7 kepada Almarhum Raja Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.

Namun, Justo telah dipecat oleh kawannya daripada syarikat PetroSaudi atas sebab-sebab peribadi.

Justo tidak puas hati kerana dipecat. Semasa dia dipecat, dia mencuri seluruh pangkalan data emel syarikat PetroSaudi.

Lalu seorang warga United Kingdom bernama Kamal Sidiqqi berhubung dengan Xavier Justo supaya Justo boleh menjual data PetroSaudi yang dicurinya kepada Clare Brown daripada Sarawak Report.

Kamal Sidiqqi adalah kawan rapat Mahathir dari dahulu lagi. Malah lif rumah Tun Mahathir dipasang oleh Kamal.

Rujuk pautan;

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2015/09/09/who-is-kamal-siddiqi/966599

Pada tahun 2010, Tun Mahathir pernah menyuruh saya memberi geran RM270 juta kepada Proton yang kemudiannya dibayar kepada syarikat Kamal Sidiqqi kononnya untuk usaha menghasilkan kereta elektrik.

Tetapi malangnya usaha itu gagal dan wang RM270 juta tersebut ‘hangus’ begitu sahaja (sebab itu saya tidak hirau arahan Mahathir untuk beri geran percuma RM3 bilion lagi kepada Proton pada awal tahun 2014 sehingga beliau umum tidak lagi menyokong saya sebagai Perdana Menteri pada bulan Ogos 2014).

Bulan September 2020 lalu, kereta Proton Perdana Mahathir VK5231 yang ditemui berhabuk dalam bangunan terbengkalai di United Kingdom menjadi berita.

Bangunan terbengkalai itu milik syarikat Kamal Sidiqqi yang sudah ‘lingkup’.

Rujuk pautan;

https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2020/09/02/macam-mana-kereta-tun-m-boleh-ada-di-uk-proton-perdana-vk-5231-ditemui-berhabuk-dalam-bangunan-terbengkalai—terlalu-panjang-akal-tun

Pada masa itu, pemilik The Edge iaitu Tong Kooi Ong bersetuju membayar Justo sebanyak RM8 juta untuk pangkalan data mengandungi 230,000 emel yang dijual kepada Clare Brown.

(Tong Kooi Ong pula dilantik sebagai ahli Majlis Tindakan Ekonomi kerajaan Perikatan Nasional pada bulan Mac lalu walaupun tiada seorangpun daripada parti Barisan Nasional atau PAS dilantik)

Selepas bertemu dengan Perdana Menteri ke-4 pada Januari 2015, Clare Brown pula mula menggunakan beberapa data daripada 230,000 emel untuk membuat pelbagai tuduhan berat sebelah terhadap saya dan 1MDB kononnya saya bersubahat dengan PetroSaudi dan Jho Low untuk mencuri wang 1MDB yang telah dibayar kepada PetroSaudi.

Pada masa itu, propaganda Pakatan Harapan cuba memberi gambaran bahawa emel-emel yang dicuri Justo bersama kenyataan saksi beliau adalah bukti paling kukuh untuk ‘menyumbat’ saya ke dalam mahkamah.

Justo juga dibayar RM8 juta oleh pemilik The Edge masa itu.

Rujuk pautan;

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/justo-dibayar-rm8-juta-oleh-pemilik-edge-197517

Selepas Pakatan Harapan menang PRU-14, Justo terus berpindah ke Malaysia dan telah dijulang sebagai hero dan diberi beberapa kehormatan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun apabila kes sampai ke mahkamah, tiada satu emelpun daripada 230,000 emel bersama 17,000 dokumen yang dicuri Justo digunakan oleh pihak pendakwa raya sebagai bukti mahkamah terhadap saya.

Justo juga tidak dipanggil sebagai saksi pendakwa raya.

Kenapa?

Kerana dalam emel-emel tersebut tiada sebarang bukti yang menunjukkan saya bersalah atau bersekongkol untuk menipu atau mencuri duit 1MDB.

Sebaliknya, emel-emel dicuri Justo boleh membuktikan saya tidak terlibat dalam sebarang penyelewengan dan penipuan yang didakwa berlaku.

The Edge pernah memuat naik emel yang menunjukkan bahawa pengurusan PetroSaudi bersama Jho Low berpakat untuk menyorok maklumat daripada saya.

As an email between Mahony and Obaid reveals, they were exchanging ideas on how to explain the situation to Najib. It was decided that they would hide from him the fact that 1MDB would have to take a US$500 million loss. Instead, they would impress upon Najib how important it was for 1MDB to quickly invest another US$500 million with them.”

Rujuk berita “Cover Story: How PetroSaudi executives plotted what to tell Najib” di pautan;

https://www.theedgemarkets.com/article/cover-story-how-petrosaudi-executives-plotted-what-tell-najib

Sebab itu, peguam pembelaan saya memohon kepada mahkamah untuk memeriksa semua emel-emel yang dicuri Justo dan diserahkan kepada pihak berkuasa sejak beberapa tahun yang lalu.

Tetapi pihak pendakwa raya membantah permohonan kami atas sebab emel-emel Justo itu adalah rahsia SPRM, tidak boleh disahkan kesahihan dan tidak patut digunakan sebagai bukti mahkamah.

Akhirnya selepas beberapa hari berbicara, hakim bersetuju untuk mengarahkan SPRM memberi salinan email-email tersebut yang disimpan dalam bentuk thumb drive kepada pihak pembelaan pada akhir Disember tahun lepas.

Rujuk pautan;

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/12/638326/mahkamah-benar-najib-dapatkan-dokumen-justo

Selepas dua bulan menunggu, akhirnya kami menerima thumb drive tersebut pada akhir bulan Januari dan pihak pembelaan saya sudahpun meneliti banyak dokumen-dokumen yang boleh digunakan apabila kes 1MDB saya bersambung selepas PKP.

Emel-emel dicuri Justo bakal digunakan sebagai bukti mahkamah yang menunjukkan saya tidak bersalah.

Sebenarnya, Justo pernah ditanya secara spesifik pada tahun 2018 apakah bukti kukuh dalam emel yang dicuri itu yang menunjukkan Najib bersalah.

Ini jawapannya:

Katanya, biarpun dalam dokumen diterima menerusi emel itu tidak memaklumkan secara nyata peranan Najib, ia jelas menunjukkan bekas Perdana Menteri itu tahu mengenai penyelewengan yang berlaku.”

Rujuk pautan;

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/492926/nama-najib-disebut-dalam-dokumen-petrosaudi-justo

Tahun lepas pula, pihak berkuasa Switzerland telah memaklumkan mereka sedang menyiasat Justo atas dakwaan pengintipan ekonomi. 

Rujuk pautan;

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/134060

Akhirnya Justo telah melarikan diri dari Malaysia sebaik sahaja rejim ‘Gagalkrasi’ Pakatan Harapan tumbang.

Rujuk pautan;

https://www.malaysia-today.net/2020/03/06/xavier-andre-justo-cabut-lari-dari-malaysia-risau-keselamatan-keluarga/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts