SELAMAT TAHUN BARU 2021 RAKYAT MALAYSIA

346
SHARES
2k
VIEWS

Dato Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

Semoga tahun baru ini akan menjadi tahun yang lebih produktif dan bermanfaat kepada semua. Kita pasti tidak akan melupakan kesukaran tahun 2020, dengan cabaran yang sangat luar biasa.

Sebagai rakyat Malaysia, saya menyimpan harapan agar kerajaan memberikan fokus kepada 2 keutamaan untuk tahun 2021.

Pertama ialah vaksinisasi setiap seorang rakyat Malaysia. Ia mesti disegerakan tanpa berlengah, kepada semua warga walau di pelusuk daerah geografi manapun mereka berada.

Ia akan menjadi “a huge medical and logistical challenge” kepada kerajaan. Kerajaan wajar mempertimbangkan prosedur proses kelulusan kecemasan untuk penggunaan vaksin Covid-19 seperti negara lain, tanpa kompromi kepada kepentingan kesihatan dan keselamatan umum. Proses “conditional approval” yang ada adalah tidak selari dengan kepantasan kelulusan kecemasan global.

Kita tidak pernah berpengalaman melakukan perkara sebegini tetapi dengan teknologi, dedikasi dan semangat patriotik kepada Malaysia, In sha Allah kita boleh melakukannya. Ikhtiar vaksinisasi nasional ini adalah ‘litmus test’ kepada kewibawaan kerajaan.

Kedua, menyegerakan pemulihan ekonomi dan membuka sempadan. Tahun 2020 telah banyak dibazirkan dengan ‘politicking’. Tahun 2021 adalah “time to seriously govern“. 

Segala unjuran optimistik yang diumumkan mesti segera diterjemahkan dalam bentuk pemulihan dan pertumbuhan ekonomi yang nyata. Lakukan apa jua tindakan radikal bagi merancakkan kegiatan ekonomi kerana kesejahteraan rakyat sangat bergantung kepadanya.

Pemulihan ekonomi juga memerlukan sempadan antarabangsa untuk dibuka. Plan ke arah itu mesti segera disediakan kerana Malaysia adalah “antara negara paling global” di dunia. Kita tidak boleh hidup ‘terasing’ sebegini terlalu lama.

Keadaan ini harus berakhir. Tiada pertumbuhan ekonomi, pemulihan yang nyata dan pelaburan asing serta domestik yang ‘significant’ tanpa kestabilan politik dan kerajaan yang diyakini.

Malaysia tahun 2020 telah hilang ‘status quo’ dalam pelbagai sektor kehidupan, kesejahteraan sosial dan ekonomi. Kita mesti segera mengembalikan Malaysia ke persada percapaian terdahulu dan menjadi lebih baik.

Mari kita berazam menjayakan Malaysia yang lebih baik pada 2021 In sha Allah. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts