LAPORAN POLIS WIRAWATI PUTRA ATAS KEBIADAPAN MENGHINA YDP AGONG DI LAMAN SOSIAL

1.1k
SHARES
6.4k
VIEWS

Pergerakan Wirawati PUTRA Malaysia berasa kecewa dan kesal dengan posting penghinaan dan penukaran gambar Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang telah dikongsi oleh Tuanku Permaisuri Tuanku Hajah Azizah Maimunah di halaman Instagram Baginda iaitu “Air Tangan Tuanku Azizah, baru-baru ini.

Menerusi Ketua Pergerakan Pergerakan Wirawati PUTRA Malaysia, Dr. Asmah Razalli satu laporan polis telah dibuat bersama Naib Ketua Pergerakan Wirawati PUTRA, Puan Hafizah Jamaluddin, Exco Pergerakan Wirawati PUTRA Malaysia diiringi Ketua Wira PUTRA Malaysia Tuan Nasrul Ali Hassan di Balai Polis Jalan Haji Eusoff Kuala Lumpur petang ini.

Dr. Asmah berharap segala penghinaan serta kebiadapan terhadap Institusi DiRaja terutama terhadap YDP Agong boleh dihentikan daripada berlaku sama ada di media sosial mahupun di kalangan rakyat Malaysia.

Kita mohon PDRM, SKMM dan KDN menyiasat perkara ini sama ada ia ada kaitan dengan rakyat atau warga asing di Instagram milik sebuah pemilik ‘fake account’ dengan gambar yang menjatuhkan maruah kedaulatan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Institusi DiRaja. Jika di negara lain hukuman lebih berat pasti sudah diambil dan kita perlu menghormati kedaulatan negara kita sendiri.”

Pergerakan Wirawati PUTRA Malaysia menyeru kerajaan Malaysia supaya mempertimbangkan untuk mengembalikan semula hukuman serta akta yang lebih berat supaya tiada lagi pihak yang berani mempermainkan kedaulatan serta kesucian Institusi Raja Berperlembagaan yang perlu didokong oleh semua yang menjadi rakyat di tanah bertuah ini.

Pergerakan Wirawati PUTRA Malaysia tidak sesekali akan berkompromi dengan isu pengkhianatan mahupun penghinaan terutama ke atas Institusi Raja Berperlembagaan.

DAULAT TUANKU

Pergerakan Wirawati PUTRA Malaysia

31 Disember 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts