PERKASA GESA SIASAT SEGERA TUDUHAN TERHADAP KELUARGA ZETI AZIZ OLEH MALAYSIA TODAY

694
SHARES
4.1k
VIEWS

PERKASA telah membuat satu laporan polis meminta supaya pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyiasat berita yang disiarkan dalam portal Malaysia Today yang menuduh keluarga Tan Sri Zeti Aziz telah menerima sejumlah wang yang banyak daripada Jho Low.

Saya selaku Setiausaha Agung PERKASA membuat laporan polis hari ini 29 Dis 2020 kerana berita yang, dilaporkan oleh portal Malaysia Today itu amat sirius terhadap keluarga tokoh negara dan perkara ini perlu disiasat dengan segera dan mendalam.

Tuduhan sebesar ini terhadap keluarga beliau yang diketahui mempunyai integriti yang tinggi dan dikenali kewibawaannya mengurus kewangan negara ketika menjawat jawatan sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.

Beliau telah beberapa kali menerima anugerah cemerlang daripada beberapa badan kewangan antarabangsa sepanjang menjawat jawatan tersebut.

Kebenaran perlu dicari dan keadilan harus ditegakkan, maka oleh kerana itu tuduhan ini mesti dibuktikan sama ada benar atau merupakan fitnah untuk mengaibkan kehormatan keluarga Tan Sri Zeti Aziz apatah lagi beliau sekarang ini adalah Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang merupakan antara agensi penting bagi orang Melayu dan Bumiputera serta negara.

Apabila mengaitkan keluarga beliau dengan Jho Low bermakna ini adalah suatu anggapan bahawa beliau berkemungkinan terbabit dengan skandal 1MDB yang sekaligus akan bermain dalam fikiran masyarakat baik di dalam dan di luar negara. Maka ia perlu segera disiasat bagi membersihkan sangka buruk agar rakyat mengetahui sama ada tuduhan itu benar atau fitnah.

Saat ini sudah tentu telah puluhan ribu orang membaca berita berkenaan daripada portal Malaysia Today. Jadi sudah tentu ia menjadi buah mulut pelbagai pihak. Perkara yang membimbangkan nanti adalah pandangan para pelabur luar untuk datang melabur ke dalam negara ini.

Apatah lagi portal tersebut turut mendedahkan nombor akaun dan jumlah wang yang dimasukkan ke akaun keluarga Tan Sri Zeti itu kelihatan seperti tulin transaksinya.

Kami daripada PERKASA berasa bimbang sekiranya transaksi itu palsu dan nombor akaun serta jumlah wang yang dimasukkan juga palsu, maka tuduhan ini tentu sesuatu yang amat malang buat keluarga Tan Sri Zeti dan juga negara.

Jika sebaliknya hal ini terbukti benar, maka tindakan undang-undang perlu diambil dengan segera tanpa peduli siapa yang terbabit.

Akhir sekali, PERKASA berharap pihak PDRM dapat memulakan siasatan seberapa segera yang boleh dan dapat dimaklumkan kepada PERKASA serta rakyat umumnya akan perkembangan terkini hasil siasatan atas aduan ini dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

Syed Hassan Syed Ali

Setiausaha Agung Perkasa

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts