KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA MENGENAI ISU DAGING TIDAK HALAL

366
SHARES
2.2k
VIEWS

1. Satu persatu isu melanda Malaysia dengan banyak berita yang mengejutkan. Ibarat kata, di Malaysia Menteri-menteripun banyak ‘tin kosong’. Di Malaysia jika tin berbunyi ia tidak kosong. Kalau tin tidak berbunyi itu luar biasa.

Yang “tin kosong berbunyi” adalah pemimpin-pemimpin ‘haprak’, hipokrit dan munafik.

2. Isu daging haram, dibungkus semula dan menggunakan logo halal JAKIM merupakan satu lagi bukti betapa ketirisan akibat rasuah. Ini bukan lagi tin kosong yang bising tetapi umpama ledakan letupan mercun.

3. Sebenarnya isu daging yang tidak halal adalah ibarat setitik air dalam lautan. Sebelum ini sudah banyak terdedah mengenai penipuan oleh peniaga-peniaga bukan Islam dengan menggunakan nama Islam, lambang mesjid, warna hijau, tulisan Jawi dan macam-macam lagi penipuan dilakukan. Mereka berani kerana penguatkuasaan adalah banyak tin penuh isi atau penuh poket.

4. Memang hidup dalam masyarakat majmuk dan kegiatan ekonomi terutama kilang-kilang pengeluaran dikuasai oleh orang-orang bukan Islam, maka sudah pasti umat islam akan terjebak dengan makanan tidak halal. Apatah lagi dengan ledakan “makanan segera” yang di dalam tin, hanya panaskan sahaja, terus boleh dimakan. Ini juga termasuk pelbagai jenis daging termasuk ayam. Cuba bayangkan makanan segera seperti burger, hot dog daripada daging dan ayam.

Lembu atau ayam yang tidak disembelih mengikut syariat Islam adalah haram dimakan. Ia bukan setakat daging babi atau daging lembu yang bercampur aduk dengan daging lembu haram dimakan, malah yang tidak disembelih mengikut syariat Islam juga haram dimakan.

Malah banyak lagi penipuan makanan tidak halal berlaku, walaupun mempunyai logo halal. Di Malaysia serba boleh. Rasuahpun boleh jadi halal kerana duit tidak boleh dimakan atau ada logo halal di atas duit kertas.

5. Selagi mana semua agensi yang bertanggungjawab tidak tegas dan kakitangan terdedah dengan rasuah, selama itulah akan berlaku “tin kosong penuh berisi”.

6. Bagi langkah jangka pendek untuk kita umat Islam menjamin selamat dari makanan tidak halal, maka jangan lagi membeli daging-daging import termasuk ayam kerana bukan sahaja bercampur daging babi, tetapi kesahihan halal sama ada disembelih ikut syariat islam atau tidak.

Begitu juga berhenti membeli makanan segera saperti makanan siap dalam tin atau makanan seperti burger dan hot dog daging atau ayam. Ini sahaja cara untuk kita selamat daripada terjebak dengan makanan tidak halal.

7. Jika teringin makan daging sekali-sekala maka belilah daging tempatan yang baru disembelih. Begitu juga daging ayam. Ramai peniaga-peniaga yang menjual daging ayam terdiri daripada orang Islam, tetapi perlu juga berhati-hati. Ini kerana tidak diketahui penjual ayam mendapat bekalan daripada mana. Maka lebih selamat, beli ayam hidup dan sembelih sendiri mengikut ajaran Islam.

8. Tidak ada cara lain untuk selamat daripada termakan makanan tidak halal. PUTRA bersetuju kartel yang terlibat dengan penipuan menggunakan logo halal JAKIM ini diambil tindakan tegas dan didakwa. Tetapi adakah selepas ini dapat dipastikan perkara yang sama tidak akan berulang lagi? Sejarah di Malaysia, perkara yang sama sering berulang. Bising sekejap, kemudian diam seketika dan tidak lama selepas itu perkara yang sama berulang semula. Pelik tetapi benar.

9. PUTRA mencadangkan ditubuhkan SURUHANJAYA KAJIAN AGENSI PENGKUATKUASAAN bagi mengemukakan cadangan-cadangan pelaksanaan hukuman yang lebih keras terhadap kakitangan semua agensi penguatkuasa yang rasuah, cuai dan menyalahgunakan kuasa. Lihat sahaja apa yang berlaku di kalangan pegawai-pegawai imigresen, jabatan pendaftaran, JPJ termasuk pihak polis dan SPRM. HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI.

10. Kalau di negara China, perasuah akan dijatuhkan hukuman ditembak mati, manakala di Filipina pula Presiden Dutarte sendiri arahan untuk menembak mati pengedar dadah. Selain itu lihat pelaksanaan di Singapura bagaimana berkesannya tindakan penguatkuasaan undang-undang mereka. Tidak ada sesiapa yang berani membuang sampah termasuk puntung rokok merata-rata. Berbeza pula di Malaysia kerana pemimpin-pemimpinnya “serba boleh” termasuk pegawai-pegawai tinggi kerajaan, apatah lagi pemimpin politik dalam kerajaan.

11. Di negara kita Malaysia, rakyat belajar daripada teladan pemimpin-pemimpin sendiri. Maklumlah kerana “dasar kepimpinan melalui teladan” serta “guru kencing berdiri, tentu murid kencing berlari”. 

12. Justeru yang terbaik dan paling berkesan bagi umat Islam selamat daripada termakan atau terbeli apa jua makanan tidak halal, adalah jangan beli apa jua daging import, makanan dalam tin yang siap dimasak dan elakkan makan fast food atau makanan segera.

13. Beli dan makanlah ikan, telur dan sayur-sayuran. Ia juga mempunyai manfaat baik dari segi kesihatan dan halal dari segi hukum.

Kita jaga kita sendiri. Kita hati-hati kita selamat. Kita tidak boleh harapkan pagar kerana ‘pagar’ di Malaysia diperbuat daripada tali rafia. 

Terima kasih. 

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden PUTRA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts