KENYATAAN BERCANGGAH DENGAN GUAN ENG, ADIK BELIAU SETUJU PERKHIDMATAN FERI DIGANTI TEKSI AIR 

372
SHARES
2.2k
VIEWS

Oleh Lau Chin Kok

Nampaknya Keluarga Dinasti DAP Lim Kit Siang perlu wujudkan kumpulan WhatsApp sendiri agar tidak ada pencanggahan kenyataan antara mereka. Ini berlaku kerana Lim Hui Ying membuat satu kenyataan yang berbeza dengan abangnya.

Adik Guan Eng yang juga Senator iaitu Lim Hui Ying, juga bersetuju dengan langkah untuk menggantikan perkhidmatan feri Pulau Pinang dengan katamaran atau teksi air.

Menteri Pengangkutan, yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dengan sinis menyindir keluarga Lim, “Nampaknya keluarga Lim harus mengadakan pertemuan keluarga untuk menyeragamkan pandangan mereka.”

Guan Eng menuduh kononnya pembatalan perkhidmatan feri Pulau Pinang merupakan konfrontasi terbuka kerajaan Perikatan Nasional (PN) terhadap rakyat negeri itu yang diketuai oleh MCA dan DS Wee Ka Siong.

Katanya lagi, MCA dan Wee tidak akan dimaafkan atau dilupakan oleh rakyat Pulau Pinang kerana “politik balas dendam” itu.

Pandai dia memutar-belit cerita dan memindahkan kesalahan itu kepada MCA dan DS Wee Ka Siong. Sedangkan dialah individu yang sebenarnya merosakkan nilai warisan berharga Pulau Pinang. Siapakah yang melakukan penambakan tanah hingga memusnahkan bukit-bukau di Pulau Pinang? 

Guan Eng, sedarlah… Anda bukan lagi Ketua Menteri Pulau Pinang, janganlah terlebih menyibuk dengan urusan yang sepatutnya dilaksana oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

(Penulis merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA dan Naib Pengerusi MCA Bahagian Puchong)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts