TIDAKKAH RAFIDAH TERLAMBAT MEMBERI SARANAN MENGENAI KETUANAN MALAYSIA?

358
SHARES
2.1k
VIEWS

Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Ketua Wanita UMNO yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selama 21 tahun, berpandangan bahawa Konsep Ketuanan Melayu wajar digantikan dengan konsep Ketuanan Malaysia.

Pandangan beliau selaku bekas Menteri dari 1987 sehingga 2008 tersebut mungkin agak terlambat memandangkan sepatutnya beliau utarakan konsep cadangan beliau ini bertahun dahulu dan bukannya selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan.

Adakah pandangan beliau kerana ingin senada dengan majoriti Ahli Parlimen yang bukan lagi Melayu berbanding di zaman beliau menjadi Ahli Parlimen ataupun sememangnya Konsep Ketuanan Melayu sudah lapuk ketinggalan zaman?

Sebaiknya Tan Sri Rafidah memfokuskan terhadap pemajuan negara bersandarkan pengalaman beliau selama 21 tahun dalam kerajaan bukan kelihatan bersifat oportunis sebegini.

Tepuk dada tanya pembaca.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts