SUDAH-SUDAHLAH SHAHIDAN

359
SHARES
2.1k
VIEWS

Kemelut di Perlis menuntut pengorbanan dan jiwa yang besar untuk diselesaikan.

Sejak sekian lama UMNO telah bertapak di negeri Perlis yang hanya sebesar daerah itu namun selepas PRU-14 terungkap warna sebenar pemimpin UMNO yang juga merangkap Pengerusi BN Negeri.

Adakah hanya kerana jawatan, UMNO sanggup mengenepikan titah Raja Perlis? Tiadakah sekelumit hormat kepada Tuanku sedangkan selama ini segalanya manis-manis belaka sehinggalah baru-baru ini menunjukkan belang masing-masing?

Sudahlah BN kalah di serata negara kecuali Perlis, Pahang dan Sarawak namun Shahidan masih lagi mahu menunjukkan sikap ‘warlord‘ beliau? Jika beginilah sikap ramai pemimpin UMNO selama ini, wajarlah Pakatan Harapan membentuk kerajaan.

Rakyat muak dengan ketidaktaatan kepada Raja-Raja Melayu apatah lagi jika dilakukan oleh pemimpin veteran UMNO sendiri yang sepatutnya menjadi contoh kepada generasi muda.

Walaupun kemelut ini akhirnya berjaya diselesaikan, namun kronologi peristiwanya amat memualkan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts