LAYAKKAH KHAIRY MENERAJUI UMNO?

356
SHARES
2.1k
VIEWS

Pandangan YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa mantan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin sebagai paling layak menerajui UMNO memandangkan keadaan parti itu yang agak kucar-kacir selepas kekalahan pada PRU-14.


Namun Khairy Jamaluddin melihat pandangan YAB Perdana Menteri adalah bersifat sindiran ataupun hanya ingin memperli beliau.

Namun jika disorot kembali, beberapa hari selepas kejayaan Pakatan Harapan membentuk kerajaan, sudah terdengar desas-desus mengenai saranan netizen agar Khairy Jamaluddin memimpin UMNO bagi menggantikan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang ketika itu masih belum melepaskan jawatan selaku Pengerusi UMNO.


Namun boleh dipersoalkan kredibiliti Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO yang gagal dalam memenangi hati jutaan pengundi muda yang ghairah menolak Barisan Nasional sebelum PRU-14.

Apakah inisiatif beliau dalam mendekati anak muda yang beliau usahakan selain senaman ‘FIT’ yang gah di seluruh negara?

Apakah beliau mempunyai data kecenderungan pengundi muda yang tidak akan mengundi Barisan Nasional dalam PRU-14? Jika ada kenapakah tidak dimaklumkan kepada Perdana Menteri serta pemimpin tertinggi lain?

Atau setidaknya nyatakan apakah usaha yang telah beliau jalankan selaku Ketua Pemuda UMNO dalam memenangi hati pengundi muda?

Diburukkan pula oleh kenyataan selepas PRU-14 di mana beliau akui tersilap kerana tidak memaklumkan Perdana Menteri mengenai realiti yang sebenar, namun kenyataan ini amat klise sekali dan tidak bertanggungjawab.

Bagaimana jika Barisan Nasional menguasai PRU-14 yang lepas dan membentuk kerajaan, adakah beliau masih berpandangan sebegini?

Jika inilah teori Khairy Jamaluddin, anda amat tidak bertanggungjawab sekali wahai Yang Berhormat Rembau.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts