KEMBALIKAN TEMPOH KUARANTIN WAJIB 14 HARI, SEKAT SEMENTARA PELAWAT DARIPADA UNITED KINGDOM

361
SHARES
2.1k
VIEWS

1. Situasi kecemasan yang berlaku di United Kingdom akibat daripada penularan virus ‘hibrid’ Covid-19 yang dinamakan sebagai VUI–202012/01, yang bermutasi dan mempunyai kemampuan merebak 70 peratus lebih pantas, menuntut tindakan segera kerajaan dalam mengekang penularannya ke dalam negara.

Rujuk pautan; https://www.google.com/amp/s/www.bbc.com/news/amp/health-55388846

2. Rujuk video persidangan mengenai kepantasan 70 peratus berbanding virus biasa Covid-19 yang disampaikan oleh Dr Erik Volz daripada Kolej Imperial London di pautan;

https://youtu.be/G3CT9N89L-c

3. Tindakan pantas lebih 50 buah negara termasuk negara jiran Singapura yang menutup pintu sempadan masing-masing dengan segera kepada pelawat daripada United Kingdom sebaik sahaja menerima berita tersebut dipuji ramai terutamanya oleh warga masing-masing, justeru kerajaan Malaysia juga dituntut mengambil langkah yang sama sebagai langkah pencegahan.

Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.thesun.co.uk/news/13554431/53-countries-ban-uk-flights-mutant-covid-strain/amp/

4. Rujuk juga senarai penuh 55 buah negara (senarai semakin meningkat hari demi hari) yang telahpun menutup sempadan mereka kepada pelawat United Kingdom di pautan; https://www.google.com/amp/s/www.independent.co.uk/travel/news-and-advice/uk-travel-ban-which-countries-b1777876.html%3famp

5. Tindakan kerajaan Perikatan Nasional masih ingin ‘memantau’ perkembangan di UK amatlah dikesalkan kerana virus bermutasi tersebut jelas lebih bahaya daripada sebelum ini namun kerajaan seolah-olah mengambil sikap “tunggu dan lihat”.

Rujuk pautan; https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/655966/amp

6. Malah beberapa negara seperti China telah menaikkan tempoh kuarantin daripada 14 hari ke 21 hari bagi membendung penularan Covid-19 masuk ke negara mereka daripada negara luar.

Rujuk pautan;

https://www.globaltimes.cn/content/1210347.shtml

7. Tidak menjadi kesalahan atau kerumitanpun jika kerajaan ingin berhati-hati dengan mengikut jejak langkah China, dengan menaikkan tempoh kuarantin kepada 21 hari khusus bagi pelawat daripada United Kingdom.

8. Sudahlah tindakan menurunkan menurunkan kuarantin wajib daripada 14 hari ke 10 hari sebelum ini turut dipersoalkan namun kerajaan tetap melaksanakannya pada 14 Disember lepas.

Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2020/12/764718/10-hari-tempoh-kuarantin-pengembara-pulang-ke-malaysia

9. Malaysia pula kemudiannya telah menurunkannya kepada 7 hari bagi pelawat yang kembali daripada negara lain, jika keputusan saringan negatif 3 hari sebelum pulang. Diharapkan kuarantin bagi pelawat daripada United Kingdom akan diketatkan segera. 

Rujuk pautan;

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/15/kuarantin-maksimum-7-hari-jika-disaring-3-hari-sebelum-pulang-ke-malaysia/

10. Sedangkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telahpun memberi amaran keras pada September lepas bahawa walaupun hanya mengurangkan sedikit tempoh kuarantin wajib 14 hari akan memberi impak yang amat besar kepada penularan Covid-19.

Rujuk pautan;

https://apnews.com/article/virus-outbreak-geneva-pandemics-united-nations-europe-5084875c2ba3dd5c6a091ea4e5c4d2bc

11. Kerajaan sepatutnya bertindak pantas apatah lagi kerajaan United Kingdom sendiri sudah memberi amaran bahawa mutasi baru Covid dari UK ini lebih mudah menjangkiti kanak-kanak.

Rujuk pautan;

https://www.businesstoday.in/current/world/new-covid-19-mutant-in-uk-virus-strain-may-infect-children-more-easily-scientists-fear/story/425621.html

12. Apa lagi yang perlu ditunggu sedangkan dalam situasi mendesak sebegini, tindakan mencegah adalah lebih baik dari merawat. Lebih baik kerajaan bertindak segera kerana tiada apa yang menghalang kerajaan bertindak lebih proaktif demi keselamatan rakyatnya. 

13. Kerajaan perlu elakkan gelombang keempat yang tercetus daripada mana-mana kluster sekalipun kerana tentu ketika itu kewangan negara menjadi semakin parah dan negara terpaksa meminjam.

Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2020/12/767638/kerajaan-mungkin-terpaksa-meminjam-jika-covid-19-masuk-gelombang

14. Cukuplah menjadi pengarajan buat semua apabila pelbagai kluster yang wujud hari ini hanya diakibatkan oleh 2 orang PATI yang kemudiannya merebak selepas PRN Sabah, serta Kluster Sivagangga yang berpunca daripada seorang individu bertaraf Penduduk Tetap. 

15. Kesimpulannya kerajaan digesa sentiasa peka dan perlu bertindak pantas kerana mencegah adalah jauh baik daripada merawat, segera kembalikan tempoh kuarantin wajib kepada 14 hari seperti saranan WHO dan jika perlu sekat sementara kemasukan pelawat daripada United Kingdom seperti yang telah dilakukan oleh lebih 50 buah negara lain.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts