SENARAI HARGA VAKSIN TERDEDAH, SYARIKAT FARMASI BERANG

869
SHARES
5.1k
VIEWS

Akibat ‘tersilap’ mendedahkan rahsia komersial sensitif berkaitan harga yang dipersetujui Kesatuan Eropah (EU) untuk vaksin Covid-19, syarikat farmaseutikal seperti Pfizer, melenting mengenai pelanggaran kerahsiaan maklumat tersebut.

Setiausaha Belanjawan Belgium, Eva De Bleeker, secara tidak sengaja memuat naik senarai harga vaksin yang ditawarkan pembekal yang akan dibeli oleh Belgium daripada EU.

Rujuk pautan; https://www.google.com/amp/s/amp.theguardian.com/world/2020/dec/18/belgian-minister-accidentally-tweets-eus-covid-vaccine-price-list

Walaupun ciapan Twitter tersebut kemudiannya dipadamkan, namun ia sempat ditangkap layar oleh pelbagai pihak dan kini menjadi perdebatan umum di alam maya berikutan perbandingan harga yang terdedah.

Pihak yang mendokong akses telus kepada perubatan gembira dengan pendedahan itu, sebaliknya bagi pihak syarikat farmaseutikal seperti Pfizer, mereka merungut mengenai pelanggaran kerahsiaan maklumat.

Senarai harga itu juga mendedahkan harga vaksin Oxford/AstraZeneca sebagai yang terendah iaitu ditawarkan pada 1.78 Euro dan vaksin keluaran Moderna adalah yang termahal ditawarkan iaitu 18.00 Euro.

Manakala bekalan vaksin yang ditawarkan BioNtech/Pfizer yang juga dibeli oleh Malaysia, dalam senarai tersebut menunjukkan ia ditawarkan kepada EU pada harga 12.00 Euro atau bersamaan 59.43 ringgit bagi satu dos vaksin.

Sebagai rekod, analisis data interim pertama Pfizer menunjukkan keberkesanan vaksin yang ditawarkan mereka adalah setinggi 95 peratus. Rujuk artikel “Malaysia beli 12.8 dos juta vaksin Covid-19 daripada Pfizer” di pautan;

https://www.utusan.com.my/berita/2020/11/malaysia-beli-12-8-juta-dos-vaksin-covid-19-daripada-pfizer/

Maklumat yang terdedah ini bagaimanapun memberi kelebihan kepada negara lain yang masih dalam proses berunding untuk mendapatkan vaksin Covid-19 bagi negara masing-masing kerana faktor peratusan berkesanan vaksin yang ditawarkan pelbagai pembekal turut mempengaruhi pembelian. 

Berdasarkan maklumat yang terdedah, EU membeli setiap dos vaksin Oxford/AstraZeneca pada harga €1.78 (RM8.81); Johnson & Johnson (AS$8.50 atau RM34.35) dan Sanofi/GSK (€7.56 atau RM37.45)

Vaksin keluaran Pfizer/BioNTech dijual pada harga €12 (RM59.43); CureVac (€10 atau RM49.52) dan Moderna (AS$18 atau RM72.73).

Bagaimanapun, harga ubat dan vaksin ini sentiasa menjadi rahsia komersial yang dikawal rapi kerana menurut syarikat farmaseutikal, perbezaan harganya turut dipengaruhi oleh pelbagai kos lain termasuk logistik. 

Mungkin pendedahan eksklusif yang secara ‘tidak sengaja’ oleh Menteri Belgium ini boleh dijadikan asas pertimbangan oleh kerajaan membeli vaksin untuk fasa seterusnya namun tentu faktor keberkesanannya ke atas rakyat lebih diutamakan berbanding harga yang ditawarkan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts