SALAH FAHAM MENGENAI JEMAAH TABLIGH

952
SHARES
5.6k
VIEWS

Satu pergerakan dakwah yang telah bermula sejak sekian lama yang dihidupkan kembali sejak awal kurun ke-19 oleh keluarga pendakwah terkenal berketurunan Arab iaitu Allahyarham Maulana Ilyas. Umum mengenali pergerakan dakwah ini sebagai Jemaah Tabligh

Jemaah Tabligh berada di satu dunia dan ahli jemaah ini mengatakan hampir setiap negara di seluruh dunia mempunyai Jemaah Tabligh. Jemaah Tabligh ini satu pergerakan dakwah yang tidak berpolitik, tidak mencampuri urusan isu semasa walaupun ada di kalangan mereka yang mempunyai latarbelakang profesional seperti doktor, profesor, pensyarah dan juga agamawan seperti alim ulamak, para huffaz dan juga tokoh tertentu dalam masyarakat.

Terdapat juga salah faham masyarakat terhadap Jemaah Tabligh ini dan berikut dinyatakan antara perkara yang paling kerap dipersoalkan:

  • ‘Keluar’ di jalan Allah atau khuruj meninggalkan anak isteri tanpa belanja dan khabar berita yang tidak mempunyai dalil dalam Al-Quran ataupun hadis
  • Ramai dari kalangan Jemaah Tabligh tidak bekerja kerana sibuk ‘keluar’
  • Kenapa perlu ziarah rumah ke rumah, sepatutnya cukup dengan hanya telefon serta diberitahu mengenai program dakwah melalui media sosial seperti Facebook dan Whatsapp yang tentunya lebih mudah dan capaian lebih meluas
  • Kenapa hanya pergi dakwah kepada orang Islam sahaja dan sepatutnya dakwah juga orang bukan Islam
  • Asyik2 hanya ajak solat kenapa tidak ajak perkara yang lain yang lebih utama seperti amal maaruf nahi mungkar, mencegah maksiat di taman-taman ataupun tempat anak muda suka melepak
  • Menggunakan kitab Fadhail Amal yang mempunyai hadis palsu serta hadis yang lemah
  • Tidak mengambil bahagian dalam landskap politik negara dalam memilih pemimpin Islam sebagai pemerintah serta seolah-olah seperti Jemaah Tabligh tidak keluar untuk mengundi ketika pilihanraya
  • Penampilan orang Tabligh selalu kelihatan tidak rapi dan comot, berjanggut lebat tidak terurus, berseluar senteng dan berpakaian seperti orang Islam dari India
  • Asyik-asyik bercakap perkara yang sama, mengajak manusia kepada Allah, ajak ke masjid dan bercakap hal-hal akhirat sedangkan sepatutnya juga dibincangkan isu semasa

Selain perkara di atas yang seringkali dipersoalkan, terdapat juga beberapa perkara lain namun senarai di atas adalah persoalan yang paling kerap ditanyakan kepada Jemaah Tabligh secara terang-terangan kepada mereka ataupun persoalkan di media sosial serta pentas ceramah.

Sebagai keadilan terhadap jemaah ini dan juga sebagai pencerahan kepada mereka yang ingin tahu maka setiap persoalan di atas maka dicadangkan untuk mereka bertemu dengan para ulamak di pusat atau lebih dikenali sebagai Markas Tabligh Malaysia di Masjid Jamek Bandar Baru Sri Petaling, sebelum kita menjatuhkan sebarang tanggapan ke atas Jemaah Tabligh yang mengamalkan sunnah dalam kehidupan mereka.

Tentunya mereka yang menghidupkan sunnah ini dipandang asing dan pelik di mata masyarakat namun seperti mafhum hadis Rasulullah SAW, “Islam muncul dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts