WAKIL RAKYAT KLANG “MAKAN GAJI BUTA”, PANDAI CAKAP SAHAJA

814
SHARES
4.8k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA AHLI JAWATANKUASA PUSAT MCA LAU CHIN KOK 

Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan di Klang semuanya hanya “pandai cakap, tidak pandai buat”, sudahlah tidak mampu menggariskan formula bersesuaian bagi mengatasi masalah jumlah pesakit pandemik Covid-19 yang meningkat secara mendadak di Klang, sekarang menyalahkan warga Klang pula, seolah-olah mereka ini bergaji buta!

ADUN Pandamaran YB Leong Tuck Chee, ADUN Sentosa YB Gunarajah a/l R George dan MP Klang YB Charles Santiago baru-baru ini mendakwa warga Klang mempunyai tahap kesedaran mencegah pandemik yang menurun dan membimbangkan.

Jumlah pesakit jangkitan Covid-19 di Kelang sudah menghampiri 10 ribu orang, namun wakil-wakil rakyat ini sehingga kini tidakpun menggariskan formula khusus bagi mengatasi masalah jangkitan, sebaliknya menyalahkan penduduk setempat yang didakwa kononnya tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Memang betul rakyat bertanggungjawab mematuhi SOP, tetapi sebagai wakil yang dipilih rakyat, tentunya mereka bertiga ini dituntut melakukan lebih daripada menyeru orang ramai meningkatkan kesedaran semata-mata. Pernahkah terlintas di fikiran Tuck Chee, Guna dan Charles apa jalan penyelesaiannya ketika anda mengutuk rakyat yang tidak mengikut nasihat?

Anda menyalahkan pekedai, tetapi pernahkah anda membuat lawatan dan menasihati pekedai-pekedai yang beroperasi melebihi had waktu? Atau menasihati mereka yang tidak mengamalkan penjarakan fizikal, bagi menambah kesedaran mereka dan masyarakat?

Kalaulah begini cara wakil-wakil rakyat ini bekerja, lari dari tanggunggungjawab sambil menyalahkan rakyat, ini tidak ubah seperti mendapat gaji buta. Malang bagi Klang dan Selangor!

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts