ISU PERKAHWINAN KAPTEN HOKI INDIA: JANGAN SALAHKAN MENTERI AGAMA

730
SHARES
4.3k
VIEWS

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Orang salahkan Menteri dahulu kerana tindakannya yang seolah-olah ‘menormalisasikan’ golongan pondan. Terima masuk ikon transgender ke dalam pejabat menteri. Sanggah secara terbuka kenyataan mufti yang kecam perjuangan LGBT.

Sebab itu apabila ada kejadian individu transgender masuk kota suci Makkah dengan berpakaian wanita, maka menteri itu kena kecam. Kerana tindakan-tindakan awalnya yang dilihat terlalu berlembut dengan golongan ini telah menyebabkan mereka ‘naik tocang’. 

Berbeza dengan Menteri Agama hari ini yang cuba dipersalahkan apabila ada wanita muslim Malaysia yang terlibat dalam upacara perkahwinan bukan Islam di India. Kenapa hendak disalahkan Dr Zulkifli pula?

Ada ke selama jadi Menteri ini beliau sebut “ikon perjuangan murtad mesti dibela”? Ada ke selama ini beliau berjabat tangan “tersengih macam ikan keli” dengan aktivis kebebasan agama? Ada ke selama ini beliau sanggah fatwa-fatwa yang mengecam liberalisasi akidah dan penyelewengan akhlak manusia?

Tidak ada. Jadi kenapa hendak salahkan beliau?

Apa yang berlaku ini sudah di luar bidang kuasa beliau. Melainkan kalau ia berlaku di dalam negara maka logiklah kita desak beliau ambil tindakan segera.

Itupun kalau berlaku di Wilayah Persekutuan. Kalau berlaku di negeri-negeri lain, maka kuasa pendakwaan atau siasatan jatuh kepada pihak berkuasa negeri berkenaan. Ini adalah sepertimana Jadual Kesembilan Perlembagaan yang meletakkan hal ehwal agama berada di bawah kawalan negeri dan bukannya Persekutuan.

Jadi kalau hendak salahkan sesiapa, belajarlah punca kuasa. Tengok dahulu apakah peristiwa-peristiwa yang ‘build up‘ kepada kejadian tersebut? Baru kita boleh buat kesimpulan yang munasabah.

Macam isu Tabung Haji, bolehlah kita ‘tekan’ Menteri Agama. Kalau lantikan-lantikan zaman Pakatan Harapan masih teruskan polisi jualan besar-besaran dan pertahan pakej pemulihan kerajaan lama (yang sudah terbukti gagal), maka Menteri Agama ada ‘saham’nya.

Sebab apa? Sebab itu kuasa beliau. Ada dinyatakan dalam akta.

Politik hari ini adalah politik rasional. Bukan lagi politik dualisme macam zaman George Bush.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts