MENTERI BESAR AKHIRNYA AKUI GAGAL TANGANI PENCEMARAN AIR DI SELANGOR

439
SHARES
2.6k
VIEWS

Kenyataan media Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Lau Chin Kok

Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin bin Shari akhirnya mengakui kerajaannya yang tidak kompeten dalam memantau masalah pencemaran serta memastikan keselamatan sumber air, menjadi punca kepada keputusan bekalan air yang kerap di Selangor.

Baru-baru ini kenyataan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memenangi anugerah di Global Water Awards 2020 melalui kategori “Public Water Agency of the Year“, telah mengundang pelbagai sindiran dan cacian daripada netizen. Amirudin sebaliknya mempertahankan syarikat tersebut dengan mengatakan ia hanya menumpukan kepada perkhidmatan bekalan air dan isu pencemaran air sungai tiada kena mengena dengannya.

Memandangkan Menteri Besar sendiri sudah mengesahkan Air Selangor tidak boleh dipertanggungjawabkan dengan isu pencemaran sumber air, bukankah ini bermaksud kerajaan negeri Selangor mengakui dirinya sendiri yang tidak cekap dan tidak kompeten dalam memantau isu pencemaran sumber air, sehingga menyebabkan Selangor kerap keputusan bekalan air?

Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), sudah mengalami lebih 20 kali insiden bekalan air terputus dalam tahun ini sahaja, malah bulan Oktober sahaja menyaksikan 4 kali, diikuti pada 10 dan 18 November, serta 8 Disember, yang semuanya disebabkan pencemaran Sungai Selangor, memaksa berjuta penduduk terpaksa ke sana kemari untuk mendapatkan bekalan air, bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, ketika pandemik Covid-19 sedang melanda.

Tindakan Amirudin mempertahankan Air Selangor telah mendedahkan bahawa punca bekalan air terputus adalah kerana kerajaan Selangor yang lembap itu. Selama 12 tahun memerintah, kerajaan PH ini telah gagal mengatasi masalah pencemaran alam sekitar, sehingga membiarkan sungai Selangor berulang kali dicemari dan terpaksa memutuskan bekalan air kepada rakyat Selangor.

Justeru, tiada apa-apa yang patut dibanggakan dengan anugerah yang diterima Air Selangor itu. Ia sebaliknya mendedahkan ketidakcekapan kerajaan Selangor, yang sepatutnya berasa malu!

Lau Chin Kok

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA

Naib Pengerusi MCA Bahagian Puchong

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts