ANUAR MUSA PUSING, TUN FAISALPUN PUSING

667
SHARES
3.9k
VIEWS

Oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Taksub betul Tun Faisal terhadap Annuar Musa sampai tidak berani komen kenyataan Bossdia mengenai DAP.

Ini ayat Annuar Musa yang dipetik daripada video tersebut, ”Sebagai sebuah parti politik, kita tidak boleh fanatik. Kita tidak boleh rigid. Sebenarnya UMNO boleh bekerjasama dengan mana mana parti politik hatta DAP sekiranya ada titik pertemuan persamaan. Kita mesti melihat ke depan mungkin kita perlu bekerjasama dengan DAP. Kita boleh sahaja bertaawwun jika ada titik persamaan. Hatta DAP, kalau DAP boleh declare mengiktiraf semua yang UMNO perjuangkan, hak istimewa Melayu, kedaulatan Raja Raja Melayu, soal Bahasa Melayu, soal Islam sebagai agama Persekutuan, kalau DAP menyokong semua yang diperjuangkan oleh UMNO, kita sedia menyokong DAP”.

Tetapi Tun Faisal kata itu video lama. Tidak lamapun. Dirakam pada bulan Ogos 2018. UMNO baru hilang kerajaan. Masa itu Annuar bukan lagi menteri.

Sekarang berani lagi cakap macam itu? Haram tidak berani. Hilanglah jawatan menteri. Mesti senada dengan Perikatan Nasional. Diapun anggota C5.

Tetapi lama atau baru, ia tetap sama. Orang yang membunuh 30 tahun lalu tetap pembunuh bila bukti baru ditemui. Video itu adalah bukti Annuar Musa kata, “Boleh berkawan dengan DAP”. Ia tetap relevan.

Ia sama dengan bukti ‘pendrive‘ isu penajaan Red Warrior oleh MARA ketika Bossdia jadi Pengerusi MARA. Tun Faisal paling kuat kecam Bossdia masa itu pasal kes ini. Sekarang?

Sebab itu hendak tanya Tun Faisal di mana salahnya hujah Annuar Musa mengenai DAP seperti di atas? Munafik ke dia? Saya kata tidak. Cuma dia takut. Takut kena political persecution.

Yang salah, Annuar bercakap begitu ketika dia bukan lagi menteri. UMNO pun hilang kuasa. Tetapi apabila sudah jadi Menteri Perikatan Nasional, nadanya berubah. Dia pusing. Tun Faisalpun pusing.

Sejujurnya hujah Annuar Musa mengenai DAP itu adalah wajar. Dia sebut perkara untuk masa akan datang. Kalau ada titik persamaan apa salahnya bekerjasama. Bukan UMNO mahu ubah prinsip.

Bila Nabi SAW buat perjanjian dengan golongan Yahudi (Bani Ghathofan) apakah orang Islam menukar akidah?

Samalah juga apabila kita bekerjasama dengan DAP bukan bermaksud kita mengubah agenda perjuangan Melayu dan Islam. Apatah lagi menukar akidah.

Keutamaan kita ialah “political gain” bukan “political sentiment”. Ada orang menjadikan sentimen sebagai prinsip. Dia bermain sentimen kononnya dia nasionalis, Islamis dan berprinsip. Tetapi dari segi tindak tanduk dia petualang dan penjual bangsa.

Bila Nabi SAW tangguh umrah kerana perjanjian Hudaibiah, adakah ia merugikan golongan Islam? 

Ketika itu Rasulullah dan para sahabat sudahpun berpakaian ihram dan melakukan pantang larang ihram. Apabila tangguh umrah adakah ia kerugian besar? Rupanya lagi banyak manfaat untuk Islam.

Keutamaan kita ialah political gain bukan political sentiment. Dalam konteks DAP semua mahu bercakap soal prinsip. Sebenarnya itu sentimen politik sahaja.

Cakap berdegar-degar tetapi apabila ada kuasa dan jawatan dialah yang paling liberal dan petualang. Bab mentafsir Al Quran memang first class. Kalah ustaz Kazim.

Sebab itu saya hairan kenap Tun Faisal tidak berani komen peruntukan yang Bossdia terima dari KKMM untuk projek “Malaysia for all”. Tun Faisal kata kalau duit tersebut bagi pada dia sebagai “raja media sosial” dia boleh buat lebih baik.

Dia mendabik dada kononnya dia adalah jaguh media sosial JASA yang tiada tolok banding. Dia adalah panglima besar JASA. Kononnya dia paling berani dan berprinsip.

Dia juga puji dirinya sebagai mutiara paling mahal di JASA. Patutlah dia tuduh Ku Nan Ketua Bahagian yang tidak tahu mana jauhari, yang mana manikam. Dia kata, Ku Nan menang di Putrajaya kerana gerak kerjanya.

Tidak sangka pula dia tuduh saya penganut sosialis? Maksudnya saya bertuhankan Karl Marx? Jangan pula nanti saya dituduh komunis bila bekerjasama dengan DAP.

Dia tuduh saya lari dari Brunei. Tidak mungkin umur 15 tahun saya jadi pengganas? Saya rakyat Malaysia. Mestilah balik Malaysia untuk ambil periksaan LCE atau SRP. Brunei tidak ada LCE.

Sudah tentu tuduhan itu atas ‘consent’ Bossdia Annuar Musa. Maklumlah kami sering berbeza pendapat. Cuma Annuar Musa tidak rajin menulis. Maka Setiausaha Akhbar kena tulis.

Cuma pesan saya kepada Annuar Musa, Tun Faisal berpotensi menjadi “Amhari 2.0”.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts