UMNO TIDAK SERTAI PARTI PN TETAPI DUKUNG KERAJAAN PN

381
SHARES
2.2k
VIEWS

Oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Ramai yang bertanya apa keperluan ditubuhkan Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN)?

Apakah ini bermakna UMNO dan BN sudah berubah pendirian untuk menyertai PARTI PN?

1. Majlis Tertinggi UMNO dan Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan yang jelas bahawa kita mendokong Kerajaan PN sehingga PRU-15 dan tidak sesekali bersetuju untuk menyertai PARTI PN sebagai salah satu parti komponen.

2. Setakat ini PARTI PN hanya dianggotai PPBM, PAS, STAR dan SAPP. Manakala Kerajaan PN adalah sebuah kerajaan yang ditubuhkan atas persefahaman 12 parti politik termasuk UMNO dan 3 parti komponen BN iaitu MCA, MIC dan PBRS; Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS) dan Parti Perikatan Nasional (PPBM, PAS, STAR dan SAPP).

3. Majlis Presiden Kerajaan PN sememangnya dicadangkan sejak dari awal oleh UMNO ketika pembentukan Kerajaan PN pada bulan Mac 2020, tetapi hanya dilaksanakan sekarang. Tujuannya untuk memastikan apa jua dasar-dasar penting negara dibincangkan terlebih dahulu dengan RAKAN-RAKAN KONGSI yang terdiri daripada parti-parti politik yang bersepakat membentuk kerajaan ini.

4. Majlis Presiden Kerajaan PN mampu mengelakkan perbezaan dan pertelingkahan pandangan terhadap dasar-dasar penting yang diperkenalkan kerajaan seperti inisiatif kerajaan mahukan pengisytiharan darurat yang tidak dirujuk kepada UMNO hingga mencetuskan pergeseran di kalangan parti-parti dalam Kerajaan PN.

5. Juga Majlis Presiden Kerajaan PN boleh dijadikan platform untuk Presiden parti-parti yang mendokong Kerajaan PN menyuarakan pendirian parti secara rasmi untuk diambil kira dan diambil tindakan oleh Kerajaan PN. Sebagai contoh, pendirian UMNO dan BN membawa suara rakyat dalam ISU KWSP dan MORATORIUM.

6. Kerjasama UMNO dan BN dengan PN untuk PRU-15 nanti banyak bergantung kepada soal persefahaman dalam pengagihan kerusi. Ini bermakna pengagihan kerusi tidak lagi berasaskan perbincangan UMNO dengan PAS tetapi BN dengan PN kerana PAS sudah secara rasmi menyertai PN sebagai parti komponennya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts