RAKYAT INDONESIA TERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 PERCUMA, JOKOWI YANG PERTAMA DIVAKSIN

379
SHARES
2.2k
VIEWS

Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi membuat pengumuman bahawa program vaksin bagi rakyatnya akan disediakan secara percuma agar tiada dalam kalangan masyarakatnya yang tertinggal menerima suntikan vaksin tersebut.

Hari ini saya ingin menyampaikan perkembangan vaksin Covid-19, setelah menerima banyak pandangan masyarakat serta setelah beberapa kali melakukan pengiraan dan perhitungan mengenai kewangan negara, dapat saya sampaikan bahawa vaksin Covid-19 untuk masyarakat adalah percuma, tidak dikenakan biaya sama sekali.

Selain itu bagi menyelaraskan usaha tersebut, Jokowi meminta barisan kabinetnya, kementerian, lembaga dan pemerintah daerah untuk memberi keutamaan dalam program vaksinasi tersebut pada tahun 2021 agar ia dapat diselaraskan dengan teratur ke seluruh pelusuk Indonesia.

Beliau turut memerintahkan Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati membuat anggaran kewangan semula agar tidak ada alasan bagi sesiapa untuk tidak mendapat vaksin percuma tersebut. 

Selain itu, Indonesia seperti juga Malaysia dan negara lain yang berdepan dengan golongan yang skeptikal dengan keupayaan dan keselamatan vaksin tersebut, maka Presiden Indonesia ketujuh itu menawarkan dirinya menjadi orang pertama divaksin di negaranya.

Saya yang akan menjadi penerima pertama, divaksin pertama kali untuk memberi kepercayaan dan keyakinan kepada masyarakat bahawa vaksin  yang digunakan adalah selamat.”

Beliau turut meminta masyarakat agar terus berdisiplin mengamalkan ‘3M’ iaitu memakai topeng penutup muka, menjaga penjarakan serta kerap membasuh tangan.

Rujuk pautan; https://youtu.be/_OWTg2BZskg

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts