MENJAWAB TUN FAISAL

509
SHARES
3k
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi

Tidak pelik Tun Faisal membela ‘Bossdia’ (Annuar Musa) kerana dia makan gaji. Diapun ada lantikan board, sebab Bossdia Menteri.

Boss mesti dipertahankan. Ini lumrah bagi orang yang selalu bertukar Boss. Bila dapat Boss baru nanti, ubah lagi. Mahu hidup.

Kenapa Tun Faisal tidak komen video Annuar Musa yang mengatakan UMNO boleh bekerjasama dengan DAP jika ada titik persaraan? Annuar juga kata dalam politik jangan rigid.

Tun Faisal dakwa, saya dimalukan kerana tidak menjadi calon di PRU-14. Kenapa saya mesti malu? Saya tidak melompat partipun. Saya kekal berjuang dengan UMNO.

Saya wajar malu kalau tidak dapat jadi calon kerana rasuah, minum arak, kaki judi dan sebagainya.

Yang patut malu ialah mereka yang jadi calon dan menang atas tiket UMNO tetapi kemudian melompat masuk PPBM.

Mereka itulah kawan baik Bossdia. Mereka itulah yang berkonspirasi sehingga terbentuk C5. Selalu membuat kenyataan mendahului Presiden. Lebih sudu daripada kuah.

Bossdia dia yang patut malu kerana mohon PM luluskan projek “direct nego” buat jalan di Ketereh. Dapat tidak dapat itu soal lain. Tetapi dia patut ada rasa “guilty conscious”.

Tun Faisal tuduh saya terlibat konspirasi. Saya menulis secara terbuka apakah slogan “No Anwar No DAP” relevan sepanjang masa? Tidak ada sembunyi-sembunyi.

Saya tidak guna nama samaran. Bukan buat kerja di belakang tabir. Itupun konspirasi? Bossdia buat kenyataan tidak senada atau mendahului Presiden bukan konspirasi?

Saya menulis soal pendekatan politik. Pendekatan politik sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Saya bukan mencadangkan penubuhan sebuah “Gabungan Politik” baru.

Ini adalah kerjasama politik untuk kelansungan hidup rakyat. Saya berhujah, UMNO mampu memimpin siapa sahaja, parti apapun dan ‘malaun’ manapun. Hatta DAP.

Sebab itu di Johor, Speaker daripada Amanah dan Timbalan Speaker daripada DAP. Walaupun majoriti BN cuma lebih satu kerusi, tiada kekecohan. Pembangkangpun dapat peruntukan dua kali ganda. Apa ada hal? 

Saya tertanya, rancangan siapa bila Bossdia desak supaya Setiausaha Agung UMNO buat laporan polis kononnya surat Presiden UMNO dipalsukan. Itu bukan konspirasi?

Saya berhujah, dalam pendekatan politik UMNO jangan rigid. Bossdia juga kata benda yang sama. PAS juga melakukan ‘tahaluf siyasi’ yang drastik.

Perubahan ada masanya. Siapa yang menguasai perubahan adalah mereka yang menyesuaikan diri dengan masa. Bahaya akan jadi selamat. Kekecohan menjadi tenteram.

Ia umpama memakai t-shirt di bulan Disember di Langkawi. Memang tiada masalah. Tetapi wajarkah memakai t-shirt pada bulan yang sama di Moscow?

Tetapi Tun Faisal dengan angkuh menuduh saya munafik. Lantas mengemukakan ayat Al Quran surah An-Nisa ayat 139. Wah dia nampak Islamik.

Tetapi Tun lupa semasa dI JASA, dia kecam Bossdia kerana dapat peruntukan jutaan ringgit daripada KKMM untuk projek “Malaysia for All”. Apa jadi dengan laman web tersebut? Apa pendirian Tun Faisal sekarang?

Kenyataan Annuar Musa dan Takiyuddin sering sama. Siapa sediakan naratif? Siapa orang ketiga itu? Konspirasi?

Seorang sahabat mencadangkan ‘fiqh siasah’ UMNO diberikan nafas baru. Menurutnya Nabi SAW cadang perdamaian dengan Bani Ghathofan yang khianat kerajaan Islam Madinah.

Walaupun Yahudi adalah golongan terlaknat, Nabi SAW masih mencadangkan perdamaian. Memang ada yang tidak setuju. Bekerjasama tidak semestinya menukar prinsip. Tetapi apa ‘gain‘ yang rakyat akan dapat. 

Saya petik pandangan seorang sahabat, “UMNO perlu lebih matang mewacanakan siasah baru untuk Malaysia. Perlu lebih terbuka. Jangan tutup pintu kepada sebarang perdamaian”.

Justeru Tun Faisal, jangan menulis hanya untuk cari makan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts