JIKA BAJET 2021 DITOLAK IA BUKAN BEERTI PERDANA MENTERI HILANG KEPERCAYAAN

375
SHARES
2.2k
VIEWS

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Hari ini adalah Bacaan Ketiga Belanjawan 2021. Sekiranya lulus, maka ia akan dibawa ke Dewan Negara pula. Jika ditolak, ramai mengatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin perlu meletak jawatan dan kerajaan akan jatuh.

Saya sebenarnya tidak setuju dengan kenyataan tersebut. Tidak ada satupun peruntukan Perlembagaan atau klausa undang-undang yang mengatakan kekalahan kerajaan dalam mana-mana usul adalah bukti mutlak Perdana Menteri telah hilang kepercayaan Parlimen. 

Kita negara yang mengamalkan sistem Westminster. Di UK sendiri, Theresa May pernah tewas 3 kali berturut-turut dalam usul beliau tentang Brexit. Tetapi beliau tidak meletak jawatan.

Theresa May hanya meletak jawatan selepas usul Brexit tersebut tewas buat kali keempat. Itupun bukan kerana beliau kalah usul di Parlimen. Tetapi kerana pindaan di dalam usul Brexit tersebut telah menyebabkan anggota kabinetnya sendiri berang dan menolak cadangan beliau.

Itu sahaja. 

Untuk memastikan Muhyiddin kehilangan kepercayaan, satu-satunya cara yang munasabah adalah dengan mengadakan usul tidak percaya selepas kekalahan Bacaan Ketiga Belanjawan 2021 tersebut. Jika Muhyiddin tewas, maka barulah boleh dikatakan Perdana Menteri hilang kepercayaan Dewan sepertimana kehendak Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi saya percaya Barisan Nasional tidak akan menolak Belanjawan 2021. Sepanjang sejarah, BN adalah satu-satunya parti yang tidak pernah menolak belanjawan negara. Termasuklah Bajet 2019 dan 2020 yang dibentang oleh Lim Guan Eng. 

Cuma kalau benar Muhyiddin hendak dijatuhkan, calon penggantinya siapa?

Kalau hendak letak Mahathir, baik semua yang cadang itu “pergi mati” sahaja.

Buang masa.

Nota: Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 berjaya diluluskan di Dewan Rakyat hari ini selepas bacaan kali ketiga diputuskan menerusi undi belah bahagian menyaksikan 111 wakil rakyat menyokong, 108 menolak dan satu tidak hadir.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts