PERKAHWINAN BAWAH UMUR: KEKABURAN ISTILAH DAN MANIPULASI DATA MEMBURUKKAN IMEJ ISLAM

392
SHARES
2.3k
VIEWS

Perkahwinan bawah umur sememangnya telah ada garis panduan dalam Undang-undang Syariah melalui Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri.

Penggunaan perkataan “perkahwinan bawah umur” lebih tepat kerana kita boleh melihat skop yang lebih besar dan melihat perbincangan mengikut konteks semasa. Terma ini walaubagaimanapun sering diputarbelit oleh golongan feminis sebagai perkahwinan kanak-kanak. Perkahwinan bawah umur juga lebih sesuai bila kita berbincang isu remaja bawah umur yang berkahwin sesama remaja yang perlu dilihat case by case

Seringkali juga dalam isu perkahwinan bawah umur ini Islam ditohmah sebagai menggalakkan perkahwinan kanak-kanak kerana mereka melihat dalam sirah Rasulullah SAW akan perkahwinan baginda ketika itu kepada perkahwinan Sayidatina Aisyah RA, walhal perkahwinan tersebut adalah mengikut konteks semasa ketika itu. Bahkan musuh-musuh Rasulullah SAW yang menentang baginda tidak pernah menggunakan hujah ini untuk menyerang peribadi baginda, kerana konteks ketika itu gadis sebesar Aisyah RA sudah dikira dewasa.

Fitnah ke atas Rasulullah SAW ini juga dilakukan oleh mereka yang mindanya terperangkap dengan satu bias yang dipanggil ‘presentism‘, iaitu mengaplikasikan tafsiran sejarah dengan nilai kita sekarang yang belum wujud di masa lampau, dan menyangka kita lebih baik dari masyarakat silam tanpa memahami konteks masa.

Tohmahan juga berlaku bahawa Islam menggalakkan perkahwinan bawah umur termasuk dalam bentuk paksaan dan manipulasi sedangkan Islam melihat pelbagai faktor sebelum mengizinkan sesuatu perkahwinan berlaku.

Isu perkahwinan kanak-kanak di Malaysia timbul apabila beberapa konvensyen wanita antarabangsa seperti Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita atau Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) yang menjadi rujukan feminis, menggesa agar perkahwinan bawah umur ini diharamkan sama sekali melalui undang-undang tanpa melibatkan institusi Kehakiman Syariah dan Mahkamah Adat.

Data-data Mahkamah Syariah sering dipersembahkan dengan cara yang salah dan tidak konsisten bagi menggambarkan perkahwinan kanak-kanak adalah sinonim dengan umat Islam walhal perkahwinan bawah umur banyak melibatkan golongan non-Muslim.

Kita melihat dalam kerangka yang lebih besar iaitu pendidikan untuk memberikan hak pada kanak-kanak dan bukannya undang-undang yang akan datangkan pelbagai masalah. Kita mengambil jalan tengah dan berusaha menolak fitnah terhadap agama.

WAFIQ pernah membuat beberapa siri penulisan dan pernah dipanggil menyertai mesyuarat membincangkan perkahwinan kanak-kanak oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Institut Islam Hadhari UKM dan UNICEF. Kita tegas menolak undang-undang yang mengharamkan secara total tetapi mengesyorkan agar Mahkamah Syariah ditambahbaik dengan mengetatkan prosedur agar kanak-kanak tidak menjadi mangsa kemiskinan dan jual beli.

Sementara itu, kita juga akui ada masyarakat yang kekurangan infrastruktur seperti sekolah dan lain-lain (sesetengah masyarakat Orang Asli, masyarakat di pedalaman Sabah Sarawak). Tidak bersekolah antara sebab menyebabkan remaja mereka dikahwinkan awal kerana telah dianggap dewasa dan bersedia memikul tanggungjawab.

Undang-undang menaikkan had umur, dan mengharamkan perkahwinan tanpa menambah pelbagai kemudahan asas seperti sekolah, peluang pekerjaan dibimbangi hanya akan meningkatkan kes berkahwin tanpa dokumen, anak-anak tanpa kewarganegaraan dan rogol statutori.

Untuk lebih jelas boleh rujuk tulisan WAFIQ sebelum ini:

1. https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/rencana/agama/2018/07/446162/jenayah-matrimonial-cemar-imej-islam

2. https://m.malaysiakini.com/letters/455603

3. https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/07/15/tackle-child-marriages-among-nonmuslims-too

4. https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2018/06/26/ban-on-underage-marriage-needs-in-depth-study/

5. https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2018/06/30/too-young-to-be-married

6. http://wafiq.my/2018/06/25/tighten-regulations-on-underage-marriage-instead-of-one-size-fits-all-policy-macsa/

Wallahualam. 

Dr. Rafidah Hanim Mokhtar

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts