CABARAN MAHATHIR: BERJAYAKAH AZMIN DILANTIK PERDANA MENTERI?

367
SHARES
2.2k
VIEWS

Situasi politik PH semakin mencabar apabila Tun Mahathir seolah-olah membuat perkiraan lain dengan berdolak-dalik dalam menentukan siapa Perdana Menteri seterusnya yang sepatutnya digantikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Tun Mahathir membuat kenyataan beliau akan menjadi Perdana Menteri selama mana yang beliau mahu, bertentangan dengan perjanjian bersama PH sebelum PRU-14 yang menjanjikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8.

Selain itu terlihat kecenderungan Tun Mahathir ingin melantik Datuk Seri Azmin Ali sebagai Perdana Menteri ke-8 dan bukannya Anwar yang semakin terbuka boleh dilihat melalui komen rakan baiknya Tan Sri Zainuddin Maidin yang lebih dikenali sebagai Zam melalui lontaran mesejnya di Twitter.

Zam sendiri masih yakin Anwar sebagai pelaku liwat dan menyindir beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri sebaliknya mengakui secara terbuka Azmin akan dilantik menjadi Perdana Menteri. Selaku rakan baik Tun Mahathir adakah beliau diberitahu mengenai siapakah Perdana Menteri seterusnya?

Semakin mencabar dan menarik situasi politik PH kerana selain terikat dengan manifesto yang masih belum ditunaikan sepenuhnya ditambah pula dengan kemungkinan Anwar dikhianati apabila Azmin akan dilantik menggantikan beliau membuatkan kerajaan PH pimpinan Tun Mahathir adalah pakar mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepada mereka.

Hatta janji sesama komponen Pakatan Harapanpun kini akan menerima nasib seperti kepercayaan rakyat terhadap manifesto, akan khianati.

Persoalannya di manakah pendirian DAP, bersama Tun Mahathir atau setia bersama Anwar yang banyak membantu mereka sejak 1998 terutamanya dalam membina keyakinan masyarakat Melayu terhadap DAP?

Ini jelas kerana tanpa Anwar mustahil DAP akan diterima oleh masyarakat Melayu dan akan berjayakah strategi Tun Mahathir untuk melantik Azmin menggantikannya yang membuktikan beliau sebenarnya masih tidak mempercayai Anwar sejak dahulu lagi seperti kata-kata Zainuddin Maidin di Twitter:

“Mahathir (minta) maaf (kepada Anwar) kerana politik.”

.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts