SELAGI ADA LANTIKAN PAKATAN HARAPAN, SELAGI ITU TABUNG HAJI MENJADI POLEMIK PERBALAHAN

373
SHARES
2.2k
VIEWS

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Semalam, Kementerian Agama dan Kementerian Ekonomi telah mengeluarkan kenyataan bersama berkenaan penarikan semula kelulusan bagi penjualan ladang sawit Sarawak kepada syarikat bukan Bumiputera.

Saya ucap terima kasih kerana mendengar suara kita. Tetapi berbeza dengan kepercayaan semua, penarikan balik semula itu bukanlah pembatalan penjualan. Ia hanyalah penarikan balik untuk dinilai semula.

Bermakna hanya tarik ‘handbrake‘. Bukan pembatalan mutlak. Penerusan penjualan ini boleh dimulakan semula pada bila-bila masa sama ada dengan syarat sama atau syarat yang baru.

Kedua, kalau benar penarikan balik itu telah diputuskan pada 4 Disember, maka kenapa:

1. Tiada sebarang makluman oleh EPU pada 7 Disember ketika sesi taklimat Parlimen?

2. Kenapa tidak didedahkan surat atau bukti penarikan bertarikh 4 Disember?

3. Kenapa ia tidak dijawab terus oleh Menteri ketika sesi Parlimen semalam?

Isu ini besar kerana Ahli-ahli Parlimen backbenchers PAS, UMNO dan GPS telahpun menyatakan pendirian menolak sebarang penjualan aset Tabung Haji pada 24 November 2020 dalam taklimat bersama pengurusan tertinggi Tabung Haji. Takkanlah tidak alert atau terlupa.

Ketiga, dan ini paling penting. Menteri Agama sebenarnya mempunyai kuasa ke atas Tabung Haji menerusi Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535). Tabung Haji pula mempunyai kuasa ke atas Tabung Haji Plantation Berhad (pemilik ladang) melalui pemilikan saham majoriti (73.84 peratus).

Makanya sebarang urusan pembatalan jualan, penilaian hasil atau apa sahaja melibatkan Tabung Haji dan anak syarikatnya berada di bawah kawalan Menteri Agama.

Menteri Agama arah batal, maka akan terbatallah. Menteri Agama suruh nilai balik supaya hasilnya menguntungkan umat, maka akan dinilailah semula. Tidak perlu sampai ke EPU atau Kementerian lainpun.

Kelulusan EPU ini sudah level akhir sebelum penjualan dimuktamadkan.

Saya sebut Menteri Agama. Bukan Timbalan Menteri Agama. Yang sebahagian kawan-kawan PAS terasa pasal apa? Punca kuasa atas Tabung Haji ini atas beliau. Sebab itu dahulu saya serang Mujahid sahaja, Fuziah itu saya pejam mata.

Apa yang berlaku telah membuktikan bahawa Menteri Agama sedang dinasihati dengan cara yang salah oleh pihak tertentu.

Dan selagi mana pihak-pihak lantikan Pakatan Harapan ini masih berada di sekeliling menteri dan mereka meneruskan naratif kerajaan lama, maka Tabung Haji akan sentiasa menjadi polemik perbalahan dan pergaduhan berpanjangan.

Sampai bila kerajaan hari ini hendak menanggung beban ciptaan kerajaan lama?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts