KOMUNIS ADALAH PENGGANAS BUKAN PEJUANG

79.3k
SHARES
19.1k
VIEWS

Generasi muda khususnya para aktivis perlu sedar bahawa komunis bukannya pejuang kemerdekaan sebaliknya sebuah gerakan dari China dan Vietnam yang datang ke Tanah Melayu untuk menyebarkan ideologi mereka.

Sekiranya pengganas komunis ingin diistilahkan oleh sesetengah pihak sebagai pejuang kemerdekaan, kita perlu tanya mereka kembali, kenapa setelah negara mencapai kemerdekaan, komunis masih melancarkan serangan terhadap pihak tentera dan polis serta membunuh orang awam yang tidak berdosa?

Apakah definasi pejuang kemerdekaan ataupun pejuang negara boleh ditakrifkan terhadap mereka yang membunuh rakyat senegara? Sesiapa yang membunuh rakyat senegara hanya kerana ingin menegakkan ideologi sendiri ataupun kerana orang lain tidak mahu menerima ideologi mereka tentunya wajar ditakrifkan sebagai pengkhianat negara.

Justeru di mana rasionalnya diadakan program untuk mengiktiraf pengganas komunis sebagai pejuang dalam satu forum bertajuk Perlukah Kita Menulis Semula Buku Sejarah? Program ini dianjurkan Imagined Malaysia bagi membincangkan peranan komunis sebagai pejuang kemerdekaan dan sama ada pihak kerajaan perlu mengubah sejarah zaman darurat.

Menurut aktivis Pakatan Harapan, Fadiah Nad­wa Fikri, perjuangan puak berhaluan kiri tersebut merupakan fakta yang tidak dimasukkan di dalam buku teks sedia ada walaupun para pejuang berkenaan turut sama berjuang untuk kemerdekaan negara.

Jika mereka adalah pejuang, di mana juga rasionalnya mereka menjadi pembunuh kepada 12,000 tentera, polis dan rakyat yang tidak berdosa diangkat sebagai pejuang?

Persoalan yang lebih penting, jika mereka adalah pejuang kemerdekaan kenapa selepas negara merdeka, pengganas komunis tidak meletakkan senjata sebaliknya meneruskan penentangan dan  melakukan keganasan sehingga ribuan nyawa yang tidak berdosa terkorban?

Jika inilah takrif untuk ‘pejuang’ maka seluruh buku teks sejarah Malaysia perlu ditulis semula dengan meletakkan komunis sebagai pejuang negara dan pihak keselamatan (tentera dan polis) yang menentang mereka adalah sebagai pengganas yang ditaja oleh kerajaan Malaysia, kerana tidak mungkin kedua-duanya adalah pejuang negara yang berperang sesama sendiri.

Malah kerajaan Malaysia juga boleh digelar sebagai kerajaan pengganas kerana mempertahankan dan membiayai pengganas tentera dan polis untuk menentang komunis.

Kita mengharapkan kerajaan Pakatan Harapan berani bertegas dengan mereka yang ingin menulis semula sejarah agar tidak terlihat tunduk kepada fahaman komunisme yang telahpun ditolak oleh seluruh dunia sejak sekian lama.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan