WAJIB KUASAI PERBEKALAN MAKANAN, ELAK UMAT ISLAM TERTIPU – BERJASA

356
SHARES
2.1k
VIEWS

Rantaian perbekalan makanan negara mesti dikuasai sepenuhnya oleh umat Islam bagi memastikan insiden isu kartel daging import memalsukan logo halal tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Naib Presiden BERJASA, Mohd Hazizi Ab Rahman tidak menolak kemungkinan insiden berkenaan berlaku berikutan penguasaan ekonomi oleh bukan muslim yang tiada istilah halal dan haram dalam perniagaan mereka.

Serentak itu, beliau menggesa umat Islam menggunakan kuasa yang ada untuk menguasai sepenuhnya rantaian perbekalan makanan di negara ini.

Rantaian perbekalan makanan negara mesti dikuasai sepenuhnya oleh muslim.”

Itu sebab penting guna kuasa untuk dapatkan kembali kuasa ekonomi, bukan sekadar guna kuasa untuk kuat kuasakan undang-undang perdagangan dan kepenggunaan.” 

Islam ialah iman, sebelum undang-undang dan peraturan,” katanya kepada wartawan hari ini.

Baru-baru ini, terbongkar taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukrain, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging itu dengan logo halal lalu menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia.

Hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), kartel berkenaan dipercayai menyamar sebagai syarikat pembekal daging sejuk beku dan menjadikan sebuah gudang di Senai, Johor Bahru sebagai lokasi membuat label dan cap palsu yang kemudiannya ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula itu.

Tindakan untuk menyakinkan pemborong di Malaysia kononnya bekalan daging sejuk beku itu diperoleh dari negara yang dibenarkan pengimportannya sebelum dipercayai diedar ke pasaran tempatan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts