MALAYSIA BAKAL BERDEPAN PELBAGAI RISIKO EKONOMI JIKA TIDAK BERSEDIA AWAL

364
SHARES
2.1k
VIEWS

Walaupun saya tahu geng sebelah sana akan kurang senang, demi negara saya tetap nak gariskan beberapa perkara serius yang saya percaya mengundang risiko pada ekonomi negara.

Tidak senang baca atau hendak serang saya lagipun tidak apa. Yang penting, kerajaan perlu tahu.

NOMBOR 1. Indeks Pengurus Pembelian (PMI).

Indeks ini adalah petunjuk bagi keadaan dan halatuju sektor pembuatan sesebuah negara.

Bagi indeks PMI terbaru bagi bulan November, Malaysia adalah satu-satunya negara yang indeksnya masih negatif dan masih dalam trend menurun manakala negara-negara ASEAN lain seperti Indonesia, Singapura, Indonesia dan Thailand sudah memulih menjadi positif.

1 Disember 2020:
Singapore registered the strongest upturn, with the city state’s headline PMI standing at 51.7, while Thailand was at 50.4 and Indonesia was at 50.6. Malaysia recorded a fourth consecutive contraction, with a PMI of 48.4.”

Rujuk; https://www.theedgemarkets.com/article/asean-pmi-stabilised-november-ending-eightmonth-downturn-%E2%80%94-ihs-markit

NOMBOR 2: Aliran dana asing ke pasaran saham

Malaysia terus mengalami aliran keluar dana asing daripada pasaran kita. Setakat minggu lepas, sebanyak RM24.1 bilion dana asing telah keluar dari negara. Malaysia adalah antara negara ASEAN yang paling tinggi aliran keluar dana asing. Beberapa negara lain pula mendapat aliran masuk dana asing.

Ini bermaksud Malaysia sudah mengalami aliran keluar dana asing berpuluh bilion ringgit bagi 3 tahun berturut-turut. Trend ini bermula pada PRU-14. Sebelum PRU-14, kita menerima kemasukan dana asing lebih sepuluh bilion pada tahun 2017 tetapi ia telah u-turn selepas PRU-14 dan tidak terhenti sehingga kini.

Disember 2020:

https://www.theedgemarkets.com/article/november-17th-consecutive-month-foreign-net-selling-%E2%80%94-bank-islam

NOMBOR 3: Malaysia masih gagal untuk keluar dari senarai pemerhatian negatif Indeks Bon Kerajaan Global FTSE-Russel.

Malaysia telah dimasukan ke dalam senarai negatif untuk digugurkan dari indeks ini sejak bulan April 2019 bawah Menteri Kewayangan. Keputusan akan dibuat sekali lagi pada bulan Mac 2021.

Jika kita masih gagal menyakinkan FTSE-Russel untuk dikeluarkan dari senarai tersebut ketika itu maka Malaysia akan digugurkan dan dana sebanyak US$10 bilion akan keluar dari Malaysia sebab banyak tabung-tabung pelaburan tidak dibenarkan untuk membeli bon Malaysia jika kita tidak ada dalam indeks ini.

September 2020:

https://www.malaymail.com/news/money/2020/09/25/kenanga-research-malaysia-on-ftse-russells-watch-list-a-relief-for-capital/1906592

NOMBOR 4: Jumlah syarikat Malaysia dan kedudukan negara dalam indeks MSCI terus menurun.

Pada masa ke semasa, MSCI akan menyemak semula indeks ini dan dalam semakan terbaru, mereka telah gugurkan dua buah lagi syarikat tersenarai Malaysia dari indeks tersebut tanpa menggantikannya dengan syarikat baru Malaysia.

Setiap kali jumlah syarikat kita digugurkan atau kedudukan Malaysia dalam indeks direndahkan, tabung-tabung dana asing akan mengurangkan pelaburan mereka dalam pasaran saham Malaysia.

Jika trend ini berterusan, kepentingan pasaran Malaysia dalam dunia akan mengecil dan lebih banyak dana asing akan keluar dari negara.

Disember 2020:

https://www.klsescreener.com/v2/news/view/760385/market-realigns-to-upcoming-changes

NOMBOR 5: Risiko penarafan negara akan diturunkan oleh Moody’s dan Standard & Poors.

Saya telah ulas sebelum ini apabila Fitch turunkan penarafan kita dari gred A ke gred B. buat kali pertama sejak 23 tahun dahulu.

Penurunan gred penarafan Malaysia mempunyai impak yang agak besar dari segi psikologi sebab ada bezanya persepsi antara gred A dengan gred B.

Malaysia juga antara negara pertama dalam rantau ASEAN yang diturunkan gred penarafan – bukan sekadar diturunkan unjuran sahaja seperti beberapa negara lain.

Terdapat 3 syarikat penarafan antarabangsa utama dalam dunia – Moody’s, Standard & Poor’s dan Fitch.

Mujur bagi kita ialah Fitch bukan syarikat penarafan yang paling penting atau paling berpengaruh.

Jauh lebih berpengaruh adalah syarikat Moody’s dan Standard & Poor’s serta ia jauh lagi parah bagi mereka jika satu dari kedua syarikat ini turut menurunkan gred penarafan kita.

Jadi, kerajaan mesti cuba sedaya upaya untuk jelaskan dan pujuk Standard & Poor’s dan Moody’s untuk tidak turunkan gred penarafan sebagaimana dilakukan Fitch.

Saya juga telah gariskan dua cara untuk menyelesaikan risiko ini:

5 Disember 2020:

https://malaysiagazette.com/2020/12/05/pujuk-fitch-dan-jelaskan-kepada-moodys-sp/

NOMBOR 6: Penularan Covid tempatan yang semakin meningkat dan risiko jumlah vaksin yang diperuntukan bagi Malaysia tahun depan akan tidak cukup.

Saya telah ulas perkara ini secara mendalam semalam. Baca selanjutnya.

7 Disember 2020: “Tidak lanjut PKPB pengakuan kerajaan tidak mampu lagi bendung penularan Covid-19“.

Rujuk; https://www.malaysiakini.com/news/554101

NOMBOR 7: Kadar cukai korporat Malaysia sudah menjadi paling tinggi dalam rantau ASEAN.

Oleh sebab negara-negara ASEAN lain sudah ada GST dan PH telah mansuhkannya di Malaysia pula, kadar cukai korporat Malaysia bertukar daripada kedua paling rendah menjadi paling tinggi dalam ASEAN. Malah, cukai korporat Amerika Syarikat yang jauh lebih tinggi masa dahulu menjadi lebih rendah daripada Malaysia.

Negara-negara ASEAN lain masih menurunkan kadar cukai korporat dan bezanya dengan Malaysia semakin besar. Jika ini berterusan dan kita tidak dapat setanding mereka, pelaburan baru ke Malaysia akan terus susut. Malah perniagaan-perniagaan yang masih dalam Malaysia akan tutup kilang-kilang atau pejabat mereka untuk berpindah ke negara jiran.

Lebih lanjut:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157527542260952

Harap kerajaan PN sedar tentang risiko-risiko di atas dan akan ambil langkah sewajarnya untuk perbetulkan demi ekonomi dan masa depan negara.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts