KENAPA PEMUDA UMNO PILIH PERJUANGKAN ISU KWSP BAGI PIHAK RAKYAT?

442
SHARES
2.6k
VIEWS

Ada juga suara sinis yang menuduh saya dan Pemuda UMNO sengaja bangkitkan isu i-Sinar KWSP untuk raih populariti. Bahkan ada juga yang dakwa untuk jatuhkan kerajaan.

Saya hanya boleh katakan kepada mereka, cubalah ambil masa baca semua komen-komen rakyat di ruang-ruang media sosial termasuk status-status di laman Facebook saya ini. Ini tidak termasuk ribuan mesej kami terima di Sekretariat Pemantau Isu KWSP-PEMUDA UMNO melalui dua talian hotline yang disediakan.

Hakikatnya rakyat di bawah bukan sahaja di kalangan B40 tetapi juga M40 bahkan yang dahulunya berada dalam kategori T20 susah, gelisah bahkan cemas memikirkan soal-soal kelangsungan hidup mereka yang terjejas. Ini termasuk lebih 800,000 yang sudah hilang pekerjaan sejak Covid-19 melanda.

Sebab itulah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia secara konsisten dari awal mengangkat isu ini sebagai salah satu daripada perkara rakyat yang cemas dan tertekan mahukan.

Pelbagai usaha telah kami lakukan termasuklah bersemuka dan menghantar memorandum kepada YB Menteri Kewangan, YB Menteri Ekonomi selain daripada cuba mendapatkan temujanji bersama CEO KWSP sendiri (walaupun dua kali dibatalkan temujanji), membawa pandangan rakyat ini kepada Majlis Tertinggi UMNO, Dewan Tertinggi BN dan Ahli-Ahli Parlimen BN untuk diperjuangkan dalam Parlimen. Ini tidak termasuk melalui semua saluran media, arus perdana, televisyen dan juga media sosial.

In sya Allah, kami Pemuda UMNO akan terus istiqamah memperjuangkan isu ini bagi pihak rakyat walaupun dituduh dengan pelbagai tohmahan. Akhirnya yang penting rakyat yang mendapat manfaatnya.

Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” – Hadis riwayat Muslim

… 

Tambahan melalui komen beliau:

Alhamdulillah saya sudah menghubungi CEO KWSP Tunku Alizakri Alias dan meminta beliau untuk mansuhkan sahaja semua syarat dan kriteria yang ditetapkan bagi mempermudahkan urusan rakyat khususnya para pencarum untuk mengeluarkan wang simpanan mereka melalui i-Sinar Akaun 1. In sya Allah, beliau respon dan jawab dengan baik dan positif untuk bawa isu ini dan akan berbincang lanjut dengan YB Menteri Kewangan mengenainya. Doakan agar ada natijah yang positif untuk rakyat. In sya Allah.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

7 Disember 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts