• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Wednesday, January 27, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

FITCH NILAI MALAYSIA BBB+ KETIKA NEGARA MASIH DILANDA PANDEMIK

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
December 5, 2020
in Semasa, Utama
0
FITCH NILAI MALAYSIA BBB+ KETIKA NEGARA MASIH DILANDA PANDEMIK
26
SHARES
286
VIEWS

Oleh Shehdi Hazrik Shamsudin

Fitch Ratings Inc. agensi penarafan kredit daripada Amerika semalam telah menurunkan penarafan nilai penerbit mata wang asing jangka panjang Malaysia (IDR) dari ‘A-‘ kepada ‘BBB+’ dengan tinjauan yang stabil. Penurunan ini adalah pertama buat Malaysia semejak Krisis Kewangan Asia 1998.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini menyifatkan keputusan penarafan yang dilakukan sekarang adalah tidak adil dalam keadaan sukar akibat pandemik Covid-19 dan Malaysia sedang mencatatkan pemulihan ekonomi setelah pelbagai rangsangan dilaksanakan semenjak Mac lepas.

Selain kedudukan kewangan negara, Flitch juga melihat ketidakstabilan politik yang dibuat oleh bebrapa ahli politik negara daripada pembangkang dan juga yang bersekutu dengan kerajaan baru-baru ini sebagai antara garis ukur penurunan penarafan Malaysia tersebut.

Dalam kenyataan media Fitch melaporkan bahawa walaupun Malaysia melaksanakan langkah-langkah bantuan di dalam Belanjawan 2021, tetapi pada pandangan Fitch, ketidakpastian politik yang berlanjutan setelah perubahan pemerintah pada bulan Mac lalu membebani prospek polisi kewangan, serta prospek peningkatan dalam standard cara urus tadbir kerajaan.

Ketegasan dan peranan Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah menjadikan kerajaan Malaysia terus stabil, namun keadaan luar kawalan berlaku PRN Sabah mewujudkan gelombang ke-3 pandemik dan juga tekanan politik dalam pembentangan Belanjawan 2021 baru-baru ini juga memberi impak terhadap penilaian negara. Walaupun Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan namun Fitch tetap melihat Malaysia harus mempunyai keseimbangan politik demokrasi yang kuat untuk terus bertahan.

Selain itu Fitch juga meramalkan pertumbuhan 4.6 peratus pada tahun 2022, dengan harapan bahawa ekonomi Malaysia yang pelbagai akan memberikan pertumbuhan jangka sederhana yang kuat. Ramalan ini menurut Fitch adalah tertakluk kepada ketidakpastian dan bergantung pada perubahan status pandemik dalam jangka pendek, seperti yang digambarkan oleh peningkatan jumlah kes harian yang direkodkan sejak awal Oktober.

Zafrul pula membidas bahawa kes harian Covid-19 di Malaysia sehingga awal Disember ini semakin menurun, dan Malaysia menuju ke arah pemulihan pesat pada 2021 dengan sasaran pertumbuhan KDNK 6.5 hingga 7.5 peratus, dari jangkaan 6.1 peratus oleh Fitch. Manakala sasaran kadar defisit fiskal negara pada 5.4 peratus daripada KDNK boleh dicapai.

Dalam anlisis pendapatan negara pula, Fitch meletakkan asas pendapatan Malaysia yang rendah dan tertumpu kerana fokus pada hasil dividen khas Petronas dan tiada pendapatan lain akibat kesan penghapusan GST pada tahun 2018, dan tiada pendapatan sumber baru.

Menurut Zafrul, Malaysia mempunyai daya tahan ekonomi yang kuat dan disokong oleh kepelbagaian sektor ekonomi, jumlah eksport serta projek infrastruktur yang tinggi untuk terus kukuh mencapai sasaran pertumbuhan. Kerajaan dilihat akan terus memanfaatkan dividen syarikat berkaitan kerajaan GLC, sementara menunggu pengenalan sumber pendapatan baru yang lebih lestari bagi masa panjang dan sederhana yang sedang dipertimbangkan kerajaan sekarang.

Walaupun Malaysia telah diturunkan kepada BBB+ melalui penilaian matrik yang lain, seperti hutang negara meningkat, lebihan tunai menyusut dan kadar hutang asing serta kecairan luaran yang rendah, namun keutamaan kerajaan dalam melaksanakan langkah drastik pemulihan pandemik wabak Covid-19 adalah lebih penting.

Tidak dinafikan penarafan nilai tersebut juga penting kepada negara, namun tindakan kerajaan memperuntukkan RM305 billion melalui 4 pakej rangsangan ekonomi dalam menangani krisis Covid-19 ini sememangnya telah memberi kesan terhadap penilaian matrik tersebut. Sepatutnya penarafan nilai seperti Fitch bagi negara-negara yang terkesan seperti Malaysia perlu ditangguhkan sementara sehingga selesai pandemik.

Tags: Fitch RatingsKementerian KewanganShehdi Hazrik Shamsudin
Previous Post

GAGAL MEMAHAMI DEFINASI RAKYAT TERJEJAS, CEO KWSP PERLU LETAK JAWATAN ATAU DIPECAT

Next Post

i-SINAR KWSP: APA BEZA KRITERIA DENGAN SYARAT?

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

i-SINAR KWSP DAN MORATORIUM: PEMUDA UMNO KUMPUL DAN SERAH ADUAN RAKYAT KEPADA KEMENTERIAN KEWANGAN

i-SINAR KWSP DAN MORATORIUM: PEMUDA UMNO KUMPUL DAN SERAH ADUAN RAKYAT KEPADA KEMENTERIAN KEWANGAN

December 14, 2020
MALAYSIA BAKAL BERDEPAN PELBAGAI RISIKO EKONOMI JIKA TIDAK BERSEDIA AWAL

MALAYSIA BAKAL BERDEPAN PELBAGAI RISIKO EKONOMI JIKA TIDAK BERSEDIA AWAL

December 7, 2020
MEMANG TIADA JAMINAN PINJAMAN DARI KERAJAAN

MEMANG TIADA JAMINAN PINJAMAN DARI KERAJAAN

December 4, 2020
KESILAPAN PENGIRAAN KEMENTERIAN KEWANGAN HANYA MEMBUKTIKAN CADANGAN NAJIB WAJAR DILAKSANAKAN

KESILAPAN PENGIRAAN KEMENTERIAN KEWANGAN HANYA MEMBUKTIKAN CADANGAN NAJIB WAJAR DILAKSANAKAN

November 16, 2020
KEMENTERIAN KEWANGAN TERSALAH FAKTA PERBANDINGAN ANTARA KWSP DAN ‘SUPER’ AUSTRALIA

KEMENTERIAN KEWANGAN TERSALAH FAKTA PERBANDINGAN ANTARA KWSP DAN ‘SUPER’ AUSTRALIA

November 15, 2020
BAJET SELANGOR 2021: TIDAK FOKUS ISU RAKYAT TERKESAN PKP COVID-19

BAJET SELANGOR 2021: TIDAK FOKUS ISU RAKYAT TERKESAN PKP COVID-19

November 6, 2020

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In