• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Sunday, April 4, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

GAGAL MEMAHAMI DEFINASI RAKYAT TERJEJAS, CEO KWSP PERLU LETAK JAWATAN ATAU DIPECAT

Adenan Mohd. Noor by Adenan Mohd. Noor
December 5, 2020
in Semasa, Utama
0
GAGAL MEMAHAMI DEFINASI RAKYAT TERJEJAS, CEO KWSP PERLU LETAK JAWATAN ATAU DIPECAT
1.8k
SHARES
20.3k
VIEWS

Dalam satu sesi wawancara oleh TV3 bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu Tunku Alizakri Alias, beliau dilihat gagal memberikan jawapan yang meyakinkan kenapa KWSP masih bertindak mengenakan syarat tertentu bagi pencarum kategori kedua iaitu – “Ahli yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sehingga 30 peratus dan ke atas”.

Melalui perbandingan yang diberikan oleh moderator TV3 dalam sesi wawancara tersebut, Tunku Alizakri dilihat gagal memahami isu sebenar bagaimana ahli KWSP yang berpendapatan RM2,000 sebulan tetapi hanya dipotong 20 peratus tidak dikira pendapatannya terjejas berbanding ahli yang berpendapatan RM10,000 sebulan dan mengalami pemotongan gaji sebanyak 30 peratus dikira sebagai terjejas.

Sebaliknya Tunku Alizakri menjustifikasikan tindakan KWSP tersebut dengan membuat andaian “mungkin beliau yang bergaji RM2,000 tersebut mempunyai perniagaan menjual kuih atau mempunyai sumber pendapatan lain dan boleh membawa dokumen sokongan contohnya penyata bank” – yang hanya membuktikan KWSP gagal memahami isu sebenar dan tersasar jauh daripada membantu rakyat malah kini dilihat menyusahkan.

Sebagai seorang CEO yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menerajui sebuah badan berkanun dan tabung amanah, beliau sepatutnya melaksanakan tugasnya dengan penuh hemah dan bertanggungjawab, apatah lagi Menteri Kewangan Senator Datuk Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telahpun meminta beliau memudahkan ahli mengeluarkan caruman mereka.

Amat mengejutkan apabila Alizakri lebih banyak membuat andaian berbanding mengemukakan fakta apabila berpeluang menjelaskan perkara tersebut sebaik mungkin kepada rakyat terutamanya pencarum yang sudah ternanti-nanti sejak sekian lama.

Alizakri bukan sahaja gagal menjelaskan kepada rakyat dan hanya membuat andaian tanpa berlandaskan realiti sebenar ahli yang terjejas malah kini KWSP dilihat hanya mencari jalan merumitkan ahli mengeluarkan wang mereka seperti diarahkan kerajaan.

Beliau juga membuat andaian mungkin ada ahli yang tidak setuju jika dibenarkan i-Sinar dilaksanakan secara automatik seperti i-Lestari – sedangkan cara inilah yang paling mudah malah jika ada ahli yang tidak setuju sekalipun, mereka tidak perlu keluarkan kerana pilihan tetap di tangan pencarum. 

Selain itu, ia juga membuktikan segala andaian umum terutamanya ahli KWSP selama ini terbukti benar dan kerana itulah dilihat KWSP kerap berdolak-dalik dan memberikan pelbagai syarat dan alasan. 

Justeru kerajaan wajar meminta Alizakri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan, beliau perlu dipecat.

Kredibiliti beliau selaku CEO KWSP bukan sahaja terjejas malah kini menjadi bebanan bagi kerajaan.

Tags: Caruman Akaun 1KWSPTunku Alizakri
Previous Post

MENTERI BESAR PERAK TUMBANG KERANA ISU PENJUALAN TANAH 15 RIBU HEKTAR

Next Post

FITCH NILAI MALAYSIA BBB+ KETIKA NEGARA MASIH DILANDA PANDEMIK

Adenan Mohd. Noor

Adenan Mohd. Noor

Related Posts

BILA SYARAT-SYARAT I-SINAR KWSP AKAN DIMANSUHKAN?

BILA SYARAT-SYARAT I-SINAR KWSP AKAN DIMANSUHKAN?

February 17, 2021
I-SINAR KWSP: 5 ISU UTAMA DIBANGKITKAN RAKYAT

I-SINAR KWSP: 5 ISU UTAMA DIBANGKITKAN RAKYAT

February 17, 2021
KRONOLOGI DESAKAN MENUNTUT PENGELUARAN I-SINAR TANPA SYARAT

KRONOLOGI DESAKAN MENUNTUT PENGELUARAN I-SINAR TANPA SYARAT

February 13, 2021
KENYATAAN SHAMSIAH MENGENAI MORATORIUM DIKECAM, LEBIH BAIK LETAK JAWATAN

KENYATAAN SHAMSIAH MENGENAI MORATORIUM DIKECAM, LEBIH BAIK LETAK JAWATAN

February 12, 2021
AMIR HAMZAH GANTI ALIZAKRI SEBAGAI CEO KWSP

AMIR HAMZAH GANTI ALIZAKRI SEBAGAI CEO KWSP

February 10, 2021
KERAJAAN MESTI TAHU CARA TANGANI KRITIKAN

KERAJAAN MESTI TAHU CARA TANGANI KRITIKAN

February 9, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In