MENTERI BESAR PERAK TUMBANG KERANA ISU PENJUALAN TANAH 15 RIBU HEKTAR

951
SHARES
5.6k
VIEWS

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Isu tanah ini isu kedaulatan. Isu ini sangat sensitif di hati orang Melayu.

Sebab itu kita boleh faham kalau ada parti yang marah sangat bila rancangan jual 15,000 hektar ladang kepada syarikat Singapura diteruskan dengan harga RM342 juta walaupun nilainya RM1 bilion. Sampai ‘tergolek’ seorang Menteri Besar.

Begitu jugalah perasaan kita orang Melayu Islam apabila mendengar 76 ribu hektar sawit milik Tabung Haji (melalui TH Plantations) hendak dijual secara besar-besaran pada zaman PH. Termasuklah lebih 6 ribu hektar tanah Sarawak yang dijual kepada syarikat non bumi di bawah harga pasaran.

Kita lawan. Kita UMNO dan PAS lawan.

Tetapi bila kita jadi sebahagian daripada kerajaan, rupanya kuasa yang kita ada cuma khayalan sahaja. Kita tidak boleh buat apa-apa. Kuasa sebenar masih dipegang orang lama.

Proses penjualan tanah ini berterusan. Ladang Sarawak itu juga akhirnya dipersetujui untuk dijual oleh kerajaan hari ini. Mana suara Menteri Agama? Mana ketegasan Menteri Hal Ehwal Ekonomi? Mana pendirian Perdana Menteri?

Mereka inilah yang ada kuasa menahan penjualan dan mengembalikan semula aset milik orang Islam ke dalam Tabung Haji. Tetapi di mana suara mereka?

Namun kita masih melawan. Dalam keadaan sukar, Ahli-ahli Parlimen UMNO, PAS, GPS bersatu suara berdepan dengan CEO Tabung Haji untuk menyatakan pendirian.

Tidak ada seincipun tanah umat ini boleh dilepaskan.

Tetapi adakah suara ini didengar?

Akhirnya yang buruk dan busuk nama tetap kita.

Kita.

Ingatlah. Kalau sekiranya 15 ribu hektar ini boleh menjatuhkan seorang Menteri Besar, janganlah ingat penjualan 76 ribu hektar (tanah sawit Tabung Haji) itu tidak boleh menggegarkan Putrajaya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts