MEMANG TIADA JAMINAN PINJAMAN DARI KERAJAAN

390
SHARES
2.3k
VIEWS

Oleh Lau Chin Kok

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow masih tidak berpuas hati dengan penjelasan panjang lebar Menteri Kewangan Tengku Zafrul berkenaan status jaminan pinjaman RM2 bilion bagi membiayai projek Transit Aliran Ringan (LRT) Komtar – Bayan Lepas.

Menurutnya, beliau berasa kesal kerana Kementerian Kewangan telah tiga kali menyatakan pendiriannya menolak permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan pinjaman serta jaminan berjumlah RM2 bilion bagi membiayai projek tersebut walaupun ia begitu penting terhadap pembangunan ekonomi negeri ini.

Menteri Kewangan menjelaskan sebenarnya tiada isu menarik balik jaminan pinjaman daripada ADB kerana pinjaman yang dikatakan tersebut memang tiada jaminan kerajaan. Keputusan Kementerian Kewangan dibuat ketika itu kerana melihat pinjaman ADB adalah tidak selaras dengan pandangan yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia. Ini kerana pasaran kewangan mempunyai kecairan yang tinggi dan kerajaan boleh memperolehi dana daripada pasaran tempatan, tidak perlu meminjam daripada ADB.

Lagipun kadar pinjaman keseluruhan (all in rate) yang ditawarkan oleh ADB sebenarnya ialah 40 peratus jauh lebih tinggi daripada MGS dan sewajarnya kerajaan hari ini perlu mengkaji semula. Kenapa sehingga perlu meminjam dari institusi kewangan dari luar?

Menurut Chow pembiayaan projek LRT ini memainkan peranan penting dengan menjuarai aspek pelaburan langsung asing (FDI), sektor pembuatan negara dan sekaligus mewujudkan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Ya, kita tidak menolak kebaikan yang dapat dijana dalam projek LRT tersebut, tetapi kenapa hanya Projek LRT di Pulau Pinang sahaja yang diberi keisitimewaan pada zaman Pakatan Harapan?

Bagaimana dengan projek LRT3, HSR, MRT2, MRT3, RTS, ECRL, Melaka Gateway dan Pan Borneo Highway?

Kenapa projek-projek infrarakyat ini dihentikan atau dilambat-lambatkan? Berapa ribu orang terpaksa diberhentikan kerja kerana keputusan kerajaan PH dahulu? Tetapi dalam senyap-senyap projek LRT di Pulau Pinang diberi pula keistimewaan?

DAP hari ini menyerang dan menekan Menteri Kewangan hanya kerana projek di negeri mereka mentadbir tidak mendapat jaminan pinjaman daripada kerajaan persekutuan.

Sedangkan ketika mereka mentadbir negara dahulu, banyak projek infrarakyat yang mereka hentikan sehinggakan banyak syarikat terpaksa gulung tikar dan membuang pekerja.

Inilah sikap sebenar pemimpin DAP. Sebab itu DAP menuduh kerajaan PN berniat membalas dendam politik kepada mereka kerana dosa-dosa dan kezaliman yang mereka lakukan kepada rakyat semasa mereka mentadbir negara suatu ketika dahulu.

(Penulis merupakan Pengerusi Biro Media Baharu MCA)

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;

https://www.facebook.com/123238147811522/posts/2104472799688037/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts