SIAPA PERDANA MENTERI SELEPAS TUN MAHATHIR?

366
SHARES
2.1k
VIEWS

Sebelum PRU-14 pada 9 Mei yang lalu kita dihidangkan dengan pelbagai janji, dalam dan luar manifesto. Yang paling popular ialah beberapa janji berikut:

  • Skandal 1MDB akan didedahkan dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak akan dipenjarakan, duit 1MDB akan didapatkan semula
  • Harga minyak akan diturunkan ke harga RM1.50 seliter, walaupun dalam manifesto ia berbeza iaitu menstabilkan harga minyak dan mengembalikan subsidi bersasar
  • Pemansuhan tol
  • Pemansuhan GST
  • PTPTN akan dimansuhkan

Hakikatnya apa yang berlaku telahpun diketahui semua iaitu:

  • Skandal 1MDB masih dalam siasatan SPRM walau setelah tiga bulan PH mengambil alih kerajaan, – Akuan oleh Tan Sri Ghani Patail, bekas Peguam Negara kononnya kertas pertuduhan telah sedia pada tahun 2015 dan bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull (kini Ketua Pesuruhjaya SPRM) mencanangkan kononnya telah bertemu dengan Raja-Raja Melayu dan semua Menteri Kabinet untuk menjelaskan mengenai skandal 1MDB
  • Harga minyak distabilkan ke harga RM2.20 iaitu harga terakhir pada minggu PRU-14, alangkah baiknya jika harga tersebut jatuh pada minggu tersebut di bawah dua ringgit, tentunya rakyat akan gembira dengan penstabilan harga tersebut berbanding RM2.20 seperti sekarang
  • Tol perlu dibayar seperti biasa, tiada tanda-tanda ia akan dimansuhkan dalam waktu terdekat
  • GST disifarkan dan SST akan menggantikan GST pada 1 September dengan kadar 10% untuk cukai barangan dan 6% untuk cukai perkhidmatan, walaupun GST ini diakui sendiri oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng sebagai lebih telus berbanding SST namun menurut beliau SST tidak membebankan rakyat (hakikatnya beliau kurang cerdik kerana memilih cukai yang tidak telus)

Di sebalik janji di atas, apa yang lebih utama ialah janji Tun Mahathir bersama Pakatan Harapan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikannya dalam masa dua tahun sebagai Perdana Menteri.

Namun kini laluan Anwar kelihatan semakin sukar apabila semakin kerap desas-desus hatta dari kem Bersatu sendiri mengatakan Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang akan dilantik menggantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-8 dan bukannya Anwar.

Jika benar kali ini giliran PKR pula akan dikhianati dan membuktikan Tun Mahathir sememangnya tidak mempercayai Anwar.

Kita juga ternanti-nanti apakah pendirian DAP dan PAN dalam hal ini sekiranya bukan Anwar dipilih sebagai Perdana Menteri.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts