RAKYAT MULA YAKIN PERIKATAN NASIONAL ADALAH PAKATAN HARAPAN 2.0?

1.2k
SHARES
6.8k
VIEWS

1. Perbalahan ataupun ‘pertentangan pendapat’ antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Azmin Ali hanya membuktikan satu perkara iaitu kerajaan Perikatan Nasional ketika ini masih dipengaruhi atau dibayangi oleh Tun Mahathir serta Pakatan Harapan.

2. Apa sahaja alasan ataupun penafian yang diberikan Tun Mahathir dan Azmin, hanya membuktikan ia adalah “wayang yang masih dimainkan” sehingga kini walaupun kedua-duanya bertegas menegakkan hujah masing-masing.

3. Ini dikuatkan oleh bukti-bukti nyata hampir tiada sebarang ‘pembetulan’ atau ‘undo‘ salah laku yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan, seolah-olah ada ‘side deal‘ di belakang rakyat dilakukan.

4. Sebagai contoh, sebegitu ramai lantikan politik Pakatan Harapan masih dikekalkan dan yang penjawat awam yang dibuang masih tidak diambil kembali.

5. RCI Tabung Haji yang didesak sekian lama masih tidak dilakukan, malah Menteri Agama Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri yang dilantik bukan dalam kalangan orang politik dilihat lebih banyak ‘berpolitik’ apabila sebelum ini mengatakan tidak perlu diadakan RCI Tabung Haji.

6. Beliau berkata kerajaan hanya AKAN MENIMBANGKAN PENUBUHAN JAWATANKUASA PETUGAS KHAS yang akan dianggotai oleh beberapa pakar, untuk mengkaji urus niaga Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), itupun menurutnya JIKA ADA KEPERLUAN untuk dilaksanakan. Rujuk pautan; https://editormalaysia.com/16083/

7. Tiada usaha dilihat bagi mengembalikan aset dan harta Tabung Haji serta lain-lain aset dan harta milik negara yang telah terjual, malah penjualan lain pula masih diteruskan.

8. Program MySalam yang diletakkan di bawah syarikat insurans Singapura yang memiliki data-data rakyat Malaysia masih diteruskan walaupun banyak pihak menentangnya sebelum ini.

9. Insiden pembunuhan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim masih tidak mendapat pembelaan sewajarnya, Menteri KDN masih senyap sehingga kini walaupun didesak oleh pelbagai NGO dan barisan peguam keluarga arwah Adib.

10. Sehingga kinipun tidak kedengaran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu keluarga dan peguam keluarga arwah Adib, setidak-tidaknya bagi menyantuni dan bertanya khabar, selain menunjukkan komitmen kerajaan membela kematian penjawat awam yang dibunuh ketika bertugas.

11. Penyokong-penyokong dan pemuja pengganas komunis dan LTTE masih tidak diburu malah sehingga kini bebas tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun pihak polis mempunyai cukup bukti untuk mendakwa mereka. 

12. Salah laku Tommy Thomas ketika menjadi Peguam Negara yang banyak menggugurkan kes pemimpin Pakatan Harapan serta kebejatan Lim Guan Eng dan Tony Pua di Kementerian Kewangan masih tidak disiasat, malah kes-kes yang digugurkan tidak dinilai semula.

13. Akaun-akaun UMNO masih dibekukan walaupun kerajaan sehingga kini gagal membuktikan sebarang kesalahan dilakukan di bawah AMLA – apa salahnya dibuka semula sehinggalah dibuktikan bersalah.

14. Agama Islam masih tidak dimartabatkan, Raja-Raja Melayu, hak-hak Melayu dan Bumiputera masih tidak diperkasakan, penghina-penghina penjawat awam, bangsa dan agama seolah-olah kebal dari sebarang tindakan. 

15. Pembocor rahsia kerajaan masih tidak dibawa ke muka pengadilan, antaranya yang terlibat dalam insiden kebocoran surat CIA dan lokasi rumah selamat atau ‘safe house‘ jabatan sulit kerajaan, serta rakaman suara antara Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang ketika itu masih menjawat jawatan Perdana Menteri dan pembesar kerajaan negara lain yang juga kerabat DiRaja UAE.

16. Cadangan Tun Mahathir bagi melantik Azmin sebagai Perdana Menteri seterusnya masih berjalan lancar, apatah lagi beliau kini seumpama Timbalan Perdana Menteri apabila dilantik oleh Muhyiddin sebagai Menteri Kanan ‘terkanan’ – walaupun terpalit dengan isu semburit.

17. Rakyat terutamanya masyarakat Melayu Islam semakin gusar melihat apa yang berlaku ini tiada bezanya dengan zaman Pakatan Harapan memerintah, yang semakin menimbulkan kebimbangan mengenai masa depan negara jika ia berterusan.

18. Rakyat yang sudah serik melihat negara dirosakkan selama 22 bulan, kini mula tertanya-tanya adakah agenda Pakatan Harapan kini diteruskan oleh Perikatan Nasional? – yang terbongkar dan boleh dilihat jelas melalui “wayang Tun Mahathir dan Azmin”. 

19. Justeru parti-parti yang berteraskan Melayu Islam terbesar yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional iaitu PAS dan UMNO perlu memperhalusi perkara ini sedalam-dalamnya, kelak rakyat akan menghukum mereka apabila melihat agenda Pakatan Harapan masih diteruskan. 

20. Cukup-cukuplah beretorik kononnya “demi perpaduan ummah” atau “berjuang demi agama dan bangsa” – jika mana-mana kerosakan yang pernah dibuat Pakatan Harapan masih tidak mahu dibetulkan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts