• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Wednesday, January 27, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

DAP ‘MENGAMUK’ TIDAK DAPAT RM2 BILION

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
December 1, 2020
in Semasa, Utama
0
DAP ‘MENGAMUK’ TIDAK DAPAT RM2 BILION
76
SHARES
839
VIEWS

Oleh Lau Chin Kok

Rakyat Malaysia sangat bimbang apabila terbongkarnya rahsia bekas Menteri Kewangan telah menggunakan kuasanya memberi jaminan negara untuk pinjam RM2 bilion dari Bank Pembangunan Asia (ADB) untuk membiayai sebahagian kos untuk projek PTMP RM46 bilion Pulau Pinang.

Saat mereka berkuasa dahulu hinggalah kini kita tidak pernah tahu pinjaman dari ADB untuk projek Pulau Pinang ini tidak pernah diumumkan oleh kerajaan PH dahulu. Jika tidak kerana Menteri Kewangan PN yang membatalkan pinjaman ini kita semua mungkin tidak akan tahu.

DAP menyelar kerajaan PN kononnya berat sebelah dan ingin membalas dendam politik. Mari kita lihat betulkah ini dendam politik?

Adakah ‘Menteri Kewayangan’ sudah lupa di saat mereka sangat berkuasa di kerajaan pusat, bukankah Menteri Kewayangan daripada DAP telah membatalkan peruntukan RM1 bilion untuk membaiki sekolah-sekolah daif di Sarawak? Sedangkan peruntukan ini telah diluluskan oleh Perdana Menteri ketika itu Dato Sri Najib Tun Razak.

Lupakah Menteri Kewayangan ketika itu bukan main sombong dan angkuh memaksa negeri Sarawak membayar semula hutang kepada kerajaan pusat yang ketika itu belumpun sampai tempoh untuk membayar hutang tersebut?

Begitu angkuh dan zalim sekali ketika mereka di tampuk kuasa.

Lupakah Menteri Kewayangan ketika kerajaan Kelantan meminta bantuan kerajaan pusat wang pendahuluan RM24.5 juta bagi membayar gaji penjawat awam Kelantan, beliau membuat sidang media dan mengecam Kelantan sebagai kerajaan yang gagal, dan pinjaman tersebut dikurangkan RM2 juta kepada Kelantan. Bukankah ini dendam politik?

Padahal ketika Barisan Nasional menjadi kerajaan pusat, setiap kali Kelantan minta pertolongan kecemasan, BN tidak pernah mengabaikan permintaan kerajaan Kelantan walaupun berbeza ideologi politik.

Tiba-tiba hari ini kita dapat tahu bahawa dalam senyap-senyap Menteri Kewayangan DAP telah membuat pinjaman RM2 bilion untuk membiayai sebahagian kos untuk projek PTMP RM46 bilion Pulau Pinang kesayangannya.

DAP memberi alasan jaminan tersebut tidak memberi risiko kepada kerajaan persekutuan kononnya mereka mempunyai prestasi yang baik dan tidak pernah memungkiri janji penbayaran hutang.

Janganlah hendak memutar belit fakta pula. Kadar hutang terendah direkodkan Kerajaan DAP Pulau Pinang adalah hasil penstrukturan semula dilakukan Kerajaan Persekutuan membabitkan nilai RM655.24 juta pada tahun 2011. Tanpa bantuan kerajaan persekutuan tidak usahlah DAP hendak mendabik dada.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/399425/hutang-pulau-pinang-rendah-kerana-kerajaan-persekutuan-gerakan

Lagipun rata-rata rakyat menyuarakan kebimbangan mereka di media sosial pinjaman itu diserahkan kepada kerajaan Pulau Pinang, bimbang ia akan menjadi seperti projek Terowong Bawah Laut yang sehingga kini tenggelam entah ke mana.

(Penulis merupakan Pengerusi Biro Media Baharu MCA)

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;

https://www.facebook.com/123238147811522/posts/2101830576618926/

Tags: DAPLau Chin KokLim Guan EngSkandal Terowong
Previous Post

DIBIMBANGI UMNO DAN PAS HANYA JADI ‘KAMBING HITAM’ BAGI SETIAP KESILAPAN KERAJAAN

Next Post

RAKYAT MULA YAKIN PERIKATAN NASIONAL ADALAH PAKATAN HARAPAN 2.0?

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

WIRA PUTRA GESA UITM BERI PENJELASAN, HENTI TINDAS PENGAMAL AKADEMIK

WIRA PUTRA GESA UITM BERI PENJELASAN, HENTI TINDAS PENGAMAL AKADEMIK

January 22, 2021
GUAN ENG PUNCA PROJEK TERTANGGUH, TETAPI MCA DAN KERAJAAN DISALAHKAN

GUAN ENG PUNCA PROJEK TERTANGGUH, TETAPI MCA DAN KERAJAAN DISALAHKAN

January 11, 2021
SELANGOR JUARA DALAM 3 KATEGORI – ISU AIR, COVID-19 DAN DENGGI

SELANGOR JUARA DALAM 3 KATEGORI – ISU AIR, COVID-19 DAN DENGGI

January 7, 2021
MASALAH BEKALAN AIR MERUNCING, BUKTI KERAJAAN PH SELANGOR LEMAH

MASALAH BEKALAN AIR MERUNCING, BUKTI KERAJAAN PH SELANGOR LEMAH

January 5, 2021
PROPAGANDA GUNA NARATIF “UMNO SOKONG PH-DAP-ANWAR”

PROPAGANDA GUNA NARATIF “UMNO SOKONG PH-DAP-ANWAR”

January 5, 2021
UMNO TIDAK PERNAH DAN TIDAK PERLU MEMBINCANGKAN SOAL KERJASAMA DENGAN DAP

UMNO TIDAK PERNAH DAN TIDAK PERLU MEMBINCANGKAN SOAL KERJASAMA DENGAN DAP

January 4, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In