• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Monday, January 18, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

DIBIMBANGI UMNO DAN PAS HANYA JADI ‘KAMBING HITAM’ BAGI SETIAP KESILAPAN KERAJAAN

Selagi mana isu-isu besar antaranya isu Tabung Haji dan arwah Adib, masih tiada tindakan terhadap penyokong-penyokong komunis dan LTTE serta isu penjualan harta dan aset negara tidak selesai, selagi itu persepsi PN adalah PH 2.0 akan terus bermaharajalela

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
December 1, 2020
in Ulasan, Utama
0
DIBIMBANGI UMNO DAN PAS HANYA JADI ‘KAMBING HITAM’ BAGI SETIAP KESILAPAN KERAJAAN
71
SHARES
785
VIEWS

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Perpaduan ummah ni mesti ‘create value‘. Kalau tidak, ia akan jadi retorik politik untuk kekal berkuasa saja. Sama macam retorik perpaduan Melayu yang Mahathir guna untuk dekati PAS apabila majoriti Melayu tolak mereka pada PRU 1999.

Apabila kita dirikan Muafakat Nasional, kita create value atas dasar untuk memperbaiki kerosakan yang sedang berlaku. Sebab itu Muafakat Nasional menjadi pihak paling lantang dalam isu RCI Tabung Haji, Felda, penolakan penjualan aset besar-besaran, mempertahankan institusi beraja dan kedudukan istimewa Bumiputera.

Jadi jika ada pihak yang berkuasa masih mahu bercakap tentang perpaduan ummah, maka di mana value-nya? Mana RCI terhadap Tabung Haji dan Felda? Mana usaha untuk mempertahankan aset-aset negara? Mana tindakan ke atas ahli politik kerajaan yang terang-terang mengkritik penolakan darurat oleh Majlis Raja-Raja? Mana pertuduhan ke atas ahli politik dan gerakan yang cuba menormalisasikan ideologi komunis melalui komik dan perhimpunan tahun sebelumnya?

Mana?

Tidak ada, sama sahaja, “taik ayam buna”. 

Saya paling bimbang dengan UMNO dan PAS. Kedua-dua parti ini dah jadi ‘kambing hitam’ kepada setiap kesilapan langkah kerajaan. Sedangkan pihak lain hanya tersenyum mencuci tangan.

Ketika SOP tidak konsisten dan tindakan lewat MKN telah menyebabkan kluster COVID merebak, DS Ismail dipersalahkan. Padahal dia satu-satunya wakil UMNO sedangkan 4 lagi daripada PPBM.

Ketika isu moratorium dan KWSP menjadi hangat, YB Shahar Timbalan Menteri Kewangan II menjadi sasaran. Sedangkan dia hanya Timbalan yang mempunyai kekangan. Kata pemutus masih daripada Menteri Kewangan.

Ketika Tabung Haji masih mempertahankan polisi-polisi zaman PH dan anak-anak syarikatnya pula tegar mahu menjual ladang secara besar-besaran, YB Ustaz Marzuk (PAS) pula menjadi lubuk kebencian. Sedangkan dia hanya Timbalan. Usah kata mahu tukar CEO Tabung Haji, hendak arah tukar tempat duduk kerani kaunterpun tidak boleh.

Sebabnya punca kuasa. Kuasa ini duduk di tangan Menteri dan Perdana Menteri. Sebarang akta dan peraturan undang-undang yang melibatkan setiap kementerian dan agensi  atau GLC di bawahnya hanya menyebut kuasa Menteri. Tidak ada kuasa untuk Timbalan Menteri.

Sebab itu Timbalan Menteri tidak boleh ganti atau pangku jawatan Menteri. Apabila Muhyiddin sakit dahulu, yang pangku jawatan Menteri KDN adalah Mahathir dan bukannya Azis Jamman. Sama juga Mahathirlah yang memangku Menteri Pendidikan bukannya Teo Nie Ching apabila Maszlee meletak jawatan.

Tetapi setakat mana orang kampung kerja tanam sayur macam saya akan faham sekatan undang-undang dan punca kuasa seperti ini?

Orang kampung macam saya cuma akan kata, PAS penipu tidak buat RUU355. Orang kampung macam saya akan kata, UMNO pembohong tidak boleh selesai masalah jual aset negara.

Kenapa persepsi orang kampung seperti saya penting? Kerana daripada 222 kerusi parlimen, 155 daripadanya adalah kerusi kami.

Iaitu kerusi luar bandar majoriti Melayu, Bumiputera Muslim. ‘Forte’ UMNO dan PAS. 

Selagi mana isu-isu utama ini tidak selesai, selagi itu persepsi PN adalah PH 2.0 akan terus bermaharajalela. 

Dan UMNO PAS akan membayar harganya.

Cepat atau lambat sahaja. 

Tags: Abdul Rahim Hilmi ZakariyaSuruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)Tabung HajiUMNO-PAS
Previous Post

KRONOLOGI MAHATHIR DAN AZMIN MERANCANG LANGKAH SHERATON DAN PERIKATAN NASIONAL

Next Post

DAP ‘MENGAMUK’ TIDAK DAPAT RM2 BILION

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

MENTERI AGAMA EDIT ‘POSTING’ FACEBOOK, UMNO DITUDUH SEBAR ‘FAKE NEWS’

MENTERI AGAMA EDIT ‘POSTING’ FACEBOOK, UMNO DITUDUH SEBAR ‘FAKE NEWS’

January 16, 2021
LAKSANA APA DITEGUR KETUA AUDIT NEGARA, JANGAN SENTUH JAMINAN PENDEPOSIT TH

LAKSANA APA DITEGUR KETUA AUDIT NEGARA, JANGAN SENTUH JAMINAN PENDEPOSIT TH

January 15, 2021
CADANGAN PINDA AKTA TABUNG HAJI 1995: JANGAN SESEKALI CUBA DIPINDA HAK JAMINAN PENDEPOSIT

CADANGAN PINDA AKTA TABUNG HAJI 1995: JANGAN SESEKALI CUBA DIPINDA HAK JAMINAN PENDEPOSIT

January 15, 2021
TUN RAZAK: BAPA PENYATUAN UMMAH DAN BANGSA MALAYSIA

TUN RAZAK: BAPA PENYATUAN UMMAH DAN BANGSA MALAYSIA

January 14, 2021
DARURAT MEMUDAHKAN KERAJAAN MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG BAGI MENGEKANG COVID-19

DARURAT MEMUDAHKAN KERAJAAN MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG BAGI MENGEKANG COVID-19

January 13, 2021
APAKAH KESAN PENGISYTIHARAAN DARURAT TERHADAP AMALAN DEMOKRASI DAN EKONOMI NEGARA?

APAKAH KESAN PENGISYTIHARAAN DARURAT TERHADAP AMALAN DEMOKRASI DAN EKONOMI NEGARA?

January 12, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In