• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Wednesday, January 27, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

ASYRAF WAJDI SAHUT SERUAN “DEMI PERPADUAN MELAYU DAN ISLAM”, JEMPUT MUHYIDDIN SERTAI SEMULA UMNO

Adenan Mohd. Noor by Adenan Mohd. Noor
November 29, 2020
in Politik, Utama
0
ASYRAF WAJDI SAHUT SERUAN “DEMI PERPADUAN MELAYU DAN ISLAM”, JEMPUT MUHYIDDIN SERTAI SEMULA UMNO
143
SHARES
1.6k
VIEWS

Melalui ucapan dasar kali ketiga Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang disiarkan secara langsung di Facebook beliau, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berterus-terang mengenai hubungan antara parti Bersatu dan UMNO perlu diperbaiki.

Beliau akui perlu kepada usaha-usaha tertentu bagi mewujudkan keakraban antara dua parti tersebut dari peringkat kepimpinan tertinggi hinggalah ke bahagian dan cawangan, walaupun sukar namun menurut Muhyiddin itulah jalan yang terbaik.

Muhyiddin turut berkata, takdir Allah SWT mempertemukan kembali mereka dan membentuk kerajaan bersama PAS dalam satu saf dan tentunya tersembunyi hikmah dan kebaikan di sebaliknya, membentuk peluang menyatukan Melayu dan Islam yang mengalami perpecahan sejak sekian lama.

Katanya, sudah sampai semua pemimpin Melayu mengetepikan perbezaan politik dan mengukuhkan hubungan sesama mereka demi kestabilan bangsa.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki turut menyahut seruan Muhyiddin dengan menjemput beliau dan seluruh pemimpin Bersatu serta ahli-ahlinya kembali menyertai UMNO, agar seruan “demi perpaduan Melayu dan penyatuan ummah” tidak menjadi retorik sahaja. 

“Demi mengelakkan Perpaduan Melayu dan Penyatuan Ummah menjadi retorik sebagaimana saranan Tan Sri Muhyiddin, saya merasakan sudah tiba masanya untuk Tan Sri bersama seluruh saf kepimpinan dan ahli BERSATU untuk kembali menyatu ke pangkuan UMNO.”

“Hakikatnya dasar, orientasi dan ideologi BERSATU tiada bezanya dengan UMNO, kerana semuanya berasal daripada rahim yang sama… UMNO.“

“Demi merealisasikan cita-cita besar ini, demi perjuangan memartabatkan Islam, bangsa dan tanahair yang suci ini, demi masa depan anak cucu dan generasi;” 

“Maka, kita semua harus leburkan keegoan yang membelenggu diri, membenamkan sejarah hitam lampau yang masih menghantui; dan mengorak langkah bersama bagi melakar sejarah baru yang memenuhi citra dan harapan ummah dan tuntutan wahyu Ilahi.” 

Siaran terkini Asyraf di laman Facebook-nya diakhiri dengan pertanyaan;

“Adakah anda bersetuju dengan pandangan ini?”

Rujuk pautan;

https://www.facebook.com/116331768396879/posts/4029331127096904/

Justeru tentu semua bersetuju jika masing-masing ada kejujuran politik dan semua pihak sama-sama berkorban dalam memastikan Melayu dan Islam terus bersatu di negara ini.

Kemudian baru mudah untuk “membuang yang keruh dan mengambil yang jernih” setelah segelintir ‘keladak-keladak politik’  di sekeliling Muhyiddin ini berjaya ‘dibersihkan’.

Jika punca masalah ini tidak dibersihkan, sampai bila-bilapun yang keruh ini tidak akan mampu dijernihkan, tidak kira sama ada Muhyiddin menyertai UMNO semula ataupun tidak.

Wallahualam. 

Tags: Asyraf WajdiBersatuMuhyiddinUMNO
Previous Post

KERUGIAN BERSIH URUSHARTA JAMAAH SDN BHD, SYARIKAT YANG AMBIL ALIH ASSET TABUNG HAJI

Next Post

PENUBUHAN PERIKATAN NASIONAL BUKAN DEMI MENYATUKAN MELAYU, HANYA SELAMATKAN DIRI MASING-MASING

Adenan Mohd. Noor

Adenan Mohd. Noor

Related Posts

7 RASIONAL EKONOMI LANJUTAN MORATORIUM

7 RASIONAL EKONOMI LANJUTAN MORATORIUM

January 22, 2021
ADAKAH PKP AKAN DISAMBUNG SETIAP MINGGU?

ADAKAH PKP AKAN DISAMBUNG SETIAP MINGGU?

January 22, 2021
ANNUAR TUDUH UMNO DERHAKA KEPADA RAJA AMAT MELAMPAU

ANNUAR TUDUH UMNO DERHAKA KEPADA RAJA AMAT MELAMPAU

January 20, 2021
LEBIH BAIK ANNUAR MUSA TUMPU KEPADA TUGAS MENTERI DARIPADA SIBUK BERPOLITIK – ISHAM JALIL

LEBIH BAIK ANNUAR MUSA TUMPU KEPADA TUGAS MENTERI DARIPADA SIBUK BERPOLITIK – ISHAM JALIL

January 20, 2021
ASAS KHAIRUDDIN CABAR PROSES SEBELUM PROKLAMASI DARURAT YDP AGONG

ASAS KHAIRUDDIN CABAR PROSES SEBELUM PROKLAMASI DARURAT YDP AGONG

January 19, 2021
KERAJAAN PERLU MANFAAT SEPENUHNYA ‘KUASA DARURAT’ DEMI MEMBANTU RAKYAT

KERAJAAN PERLU MANFAAT SEPENUHNYA ‘KUASA DARURAT’ DEMI MEMBANTU RAKYAT

January 19, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In