RAKYAT DAN PENIAGA TERJEJAS, KE MANA MENGHILANG RM120 JUTA DANA ANTI-WABAK?

388
SHARES
2.3k
VIEWS

Oleh Lau Chin Kok

Dana awam sebanyak RM127.78 juta telah diperuntukkan untuk memerangi wabak Covid-19, Kerajaan Pakatan Harapan Selangor masih belum menggunakan untuk memerangi wabak Covid-19 yang kini berleluasa di Selangor

Sehingga kini, ia bukan sahaja tidak menampakkan kesan positif terhadap wabak yang melanda ini, bahkan jumlah kes yang disahkan di Selangor semakin tinggi. Pendemik Covid-19 di Selangor kini dilihat di luar kawalan. Keadaan ini amat menggusarkan rakyat namu  ke mana perginya dana yang disalurkan?

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin dan Anggota Eksekutif Negeri Selangor yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kesihatan, kebajikan, wanita dan pembangunan keluarga iaitu Siti Maria, serta pasukan petugas yang diketuai oleh mantan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad (taskforce) perlu tampil menjelaskan kepada rakyat ke mana perginya wang tersebut dan mengapa wabak Covid-19 di Selangor seolah-oleh tidak terkawal, bahkan apa yang lebih membimbangkan ia telah mencecah angka 4 digit.

Sehingga kini apa sebenarnya yang telah dilakukan oleh pasukan petugas yang berkaitan? Adakah kumpulan itu masih beroperasi? Sudah 8 bulan sejak penubuhannya sejak bulan Mac sehingga kini, mengapa tiada kemajuan diumumkan? Manakala jumlah kes yang disahkan di Selangor semakin meningkat.

Sebagai negeri maju di Malaysia, dana anti-wabak yang menelan belanja ratusan juta ringgit, Selangor seharusnya menjadi contoh di negara ini, sebaliknya Selangor menjadi negeri terburuk dari segi prestasi anti-wabak Covid-19. Adakah kerajaan negeri Selangor tidak berasa malu?

Menurut kenyataan Amirudin pada bulan Mac lepas, Kerajaan Negeri Selangor akan memperuntukkan RM127.78 juta untuk melaksanakan “pakej rawatan koronavirus”, yang mendakwa dapat membantu orang-orang yang terjejas di Selangor. Pada masa itu, keadaan wabak di Selangor dalam sekitar 100 kes.

Namun apabila dana tersebut telah disalurkan keadaan wabak menjadi semakin meningkat. Jumlah kes yang disahkan telah meningkat menjadi empat digit selama beberapa hari dalam minggu ini. Situasi ini membimbangkan dan mengejutkan ramai pihak. Rakyat sudah tidak dapat lagi menahan diri bertanya, “Adakah anda semua membuat kerja?” “Ke mana perginya geram lebih daripada 100 juta ringgit tersebut?” “Ini semua wang pembayar cukai Selangor!

Kesan dari ketidakmampuan kerajaan negeri untuk memerangi wabak Covid-19 ini akan menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor mungkin akan terus bersambung lagi dalam waktu terdekat ini. Keadaan ini akan menambah lagi kesulitan kepada sektor perniagaan dan kehidupan rakyat.

Daripada menghabiskan wang tersebut untuk tujuan anti-wabak yang langsung tidak menampakkan kesan, lebih baik membuat sedikit penyesuaian yang lebih berkesan dan menggunakan sebahagian wang tersebut untuk membantu rakyat yang terkesan dan membantu peniaga secara langsung.

Negara kita menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan kurang lebih 8 bulan, banyak perniagaan atau industri telah terjejas dan ditutup. Menurut data dari Agensi Insurans Sosial Malaysia pada pertengahan Oktober tahun ini, 90.000 orang menganggur di negara kita. Ini suatu yang tidak boleh dibiarkan berterusan.

Nisbahnya telah meningkat sebanyak 278 peratus. Sekiranya kerajaan negeri tidak menggunakan wang tersebut secara bijak dan bersasar, wabak Covid-19 ini tidak mungkin dapat dikawal. Saya percaya bahawa lebih banyak syarikat akan gulung tikar dan lebih banyak rakyat akan kehilangan pekerjaan.

Kerajaan Negeri Selangor patut bersimpati dengan rakyat dan perniagaan, terutama pada masa pasca wabak, peniaga dan rakyat memerlukan lebih banyak suntikan bantuan dan pertolongan. Dalam keadaan seperti itu, kerajaan tidak lagi boleh berdiam diri. Selain langkah pencegahan wabak, banyak perkara lagi yang harus diumumkan. Rancangan revitalisasi telah menjadikan orang lebih optimis dan berharap akan prospeknya selepas wabak ini.

(Penulis merupakan Pengerusi Biro Media Baharu MCA)

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;

https://www.facebook.com/123238147811522/posts/2099110350224282/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts