ANWAR JANJI LETAK JAWATAN JIKA GAGAL TUMBANGKAN PN DALAM MASA 7 HARI

772
SHARES
4.5k
VIEWS

Kemelut dan pergolakan antara PKR dan Amanah semakin hangat dengan pelbagai berita dan ‘cerita-cerita belakang tabir’ selepas masing-masing bertelagah mengenai sokongan undi belah bahagi yang hanya disokong oleh 13 Ahli Parlimen pembangkang, termasuk Ahli Parlimen Pejuang. 

Ketidakpuasan hati pemimpin Amanah terserlah walau kononnya masih ‘berlapik’ apabila membuat kenyataan ataupun ketika wawancara bersama dengan media pro pembangkang.

Antaranya Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang berkata sambil menyindir PAS iaitu parti Amanah tidak biasa dengan konsep wala’ dan tidak akan mengikut begitu sahaja apa perkara yang diputuskan atau jika secara tiba-tiba mendapat arahan lain – merujuk kepada arahan Anwar agar semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan tidak bangun menyokong undi belah bahagi. 

Kami Ahli Parlimen dalam Amanah yang bekas PAS ini betul-betul ‘alergik’ dengan konsep “Kamu dengar kamu ikut sahaja”, tiada apa sebabpun kamu ikut sahaja.

Namun sangat berbeza dengan anggota bawahan dan akar umbi serta penyokong-penyokong Amanah yang sangat tidak berpuas hati secara terang-terangan dan tidak lagi berselindung mengecam tindakan Anwar dan PKR tersebut, antaranya oleh Ketua Pemuda Amanah Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer. 

Beliau mendakwa Anwar akan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan Ketua Pembangkang jika gagal menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional dalam tempoh 7 hari selepas pembentangan Belanjawan 2021. 

OK. That’s it. Terlalu banyak ‘cover up’ yang membodohkan ahli dan pengundi. Meh aku list-kan fakta sahaja untuk rujukan kita. 1. Fakta 1: It was never about budget. Kita dijanjikan bahawa setelah cubaan membawa SD gagal, kerajaan PN akan dijatuhkan melalui undian budget.”

” Fakta 2: Budget tak jadi isu kerana jika PH Plus ambil alih kerajaan, tentulah kita akan bentangkan semula budget. So, soal terima sebahagian, tolak bantuan untuk rakyat, dan lain-lain tidak timbul sama sekali. KERAJAAN BARU AKAN BENTANG BUDGET BARU!!”

” Fakta 3: Mesyuarat PH Plus pada hari Selasa 24/11 setuju sebulat suara utk menolak Budget sebagai “show of no confidence” kepada kerajaan PN. PH dijanjikan bahawa numbers yang dinyatakan dlm surat kpd YDPA itu masih valid. Masih SFC (strong, formidable and confident)”

“Fakta 4: Arahan Ketua Pembangkang untuk tidak undi belah bahagi dikeluarkan tiba-tiba tanpa perbincangan selepas Pokok Sena bangun membuat usul. Ini jelas dalam ‘statement’ Loke. Kota Raja dan Pulai yang telah bangun, dipaksa duduk kembali. MP AMANAH yang lain gagal dihalang untuk bangun.”

“Fakta 5: Setelah tidak dapat memberikan fakta sewajarnya kepada kawan-kawan, dia (Anwar) akhirnya bersetuju jika kerajaan PN gagal dijatuhkan dalam masa 7 hari, dia akan resign sebagai Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang. Ini harus kita pegang dan tuntut!” – fakta kelima ini telah dipadamkan daripada laman Twitter beliau. 

Fakta 6 Setelah semua bersetuju utk menunggu 7 hari, perbincangan tertumpu kepada bagaimana untuk menjelaskan kepada ahli-ahli. Naratif yang dipersetujui adalah: – Hanya tolak sebahagian budget – lawan di undian jawatankuasa – tidak tolak dasar demi rakyat, padahal semua ini tidak pernah jadi isu!!

Ketidakpuasan hati beliau boleh dirujuk di pautan; https://mobile.twitter.com/Sheikhuzaifah/status/1332205163264704513

Jelas melalui ciapan di Twitter beliau ini menunjukkan kemarahan dan ketidakpuasan hati kem Amanah terhadap Anwar serta kem PKR.

Justeru kita lihat adakah benar Anwar ada keberanian untuk mengotakan janjinya akan meletakkan jawatan Pengerusi Pakatan Harapan dan Ketua Pembangkang. 

Atau beliau akan berdolak-dalik seperti Lim Kit Siang yang masih tidak mahu bersara daripada politik walaupun telah berjanji akan berbuat demikian sekiranya Tun Mahathir tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts