KU LI DILANTIK PENGERUSI MAJLIS PENASIHAT JEMAAH UMNO

374
SHARES
2.2k
VIEWS

Oleh Zamani Zaman

Langkah Majlis Tertinggi UMNO melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Jemaah UMNO adalah keputusan tepat dan kena pada masanya.

Perkembangan tersebut dilihat positif memandangkan ramai ahli dan penyokong UMNO masih belum yakin dengan kepimpinan Presiden UMNO, Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pelantikan Tengku Razaleigh atau dikenali sebagai Ku Li dapat meredakan keresahan terhadap Zahid dan hala tuju parti itu yang masih terumbang-ambing.

Walaupun Tengku Razaleigh tewas dalam pemilihan jawatan Presiden UMNO baru-baru ini antaranya disebabkan gejala politik wang -muslihat Khairy Jamaluddin yang bertanding saat-saat akhir serta beliau bukan dalam sistem kepimpinan UMNO sejak sekian lama – namun masyarakat Melayu lebih menyakini bekas Menteri Kewangan itu.

Menjadi harapan ahli-ahli UMNO agar Tengku Razaleigh dapat berperanan secara efektif dan semoga ia bukan sekadar jawatan kosmetik semata-mata. Kebolehan, kewibawaan, integriti dan pengalaman beliau perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Zahid selaku Presiden dan Majlis Tertinggi UMNO harus meraikan dan bersikap positif terhadap apa sahaja nasihat serta teguran Tengku Razaleigh. Barulah pelantikan beliau membawa makna dan membuka mata semua.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts