PELAN PEMULIHAN TABUNG HAJI ‘TIDAK MASUK AKAL’

435
SHARES
2.6k
VIEWS

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Geleng kepala saya apabila mendengar pendedahan YBTM Kewangan II tadi berkenaan prestasi kewangan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB). Isu ini sangat mustahak kerana UJSB perlu membayar RM27.56 bilion kepada Tabung Haji dalam tempoh 9 tahun.

Logiknya UJSB perlu menjana keuntungan RM3 bilion setahun barulah pembayaran boleh dibuat dalam masa yang ditetapkan. Nak tahu prestasi kewangan UJSB?

Sepanjang 14 Disember 2018 hingga 31 Disember 2019, pendapatan UJSB hasil dividen aset TH hanya RM234 juta sahaja. Ini baru pendapatan. Untungnya pasti lebih rendah kerana perlu ditolak kos operasi (sewa, emolumen dan lain-lain).

Dah kalau pendapatanpun setakat itu saja, berapa ratus tahun yang diperlukan baru UJSB boleh bayar hutang Tabung Haji?

Maka langkah paling cepat untuk memastikan hutang boleh dibayar mengikut masa yang ditetapkan adalah dengan menjual aset. Itulah sahaja satu-satunya cara jika sekiranya tiada bantuan kewangan daripada pihak kerajaan.

Jawapan tambahan YB Shahar pula lebih memilukan. UJSB kini hanya mempunyai aset dengan nilai saksama RM10.33 bilion sahaja. Makna kata kalau dapat jual semua pun dengan harga pasaran, UJSB masih perlu cari sekitar RM17 bilion untuk dibayar kepada TH

Itupun kalau dapat jual dengan fair value. Tetapi kalau ladang sawit Tabung Haji Plantations pun hendak dijual kepada syarikat ‘non Bumi’ dengan harga RM170 juta (berbanding penilaian JPPH RM224 juta), kita rakyat hendak berharap apa?

Mujurlah YB DS Azeez Rahim (Baling) dan YB DS Shahidan Kassim (Arau) dalam pertemuan antara backbenchers PN dan pengurusan TH semalam telah berjaya meyakinkan semua Ahli Parlimen PAS dan UMNO bagi menolak sebarang usaha penjualan aset Tabung Haji kepada pihak ketiga.

Pendedahan nilai aset saksama UJSB itu juga sebenarnya membuktikan bahawa pelan pemulihan Tabung Haji adalah membuang masa, memberikan risiko kewangan tidak perlu (unnecessary risk) dan boleh merugikan TH buat jangka masa panjang.

Lagi pelik, bagi menampung kekurangan tersebut, YB Shahar memaklumkan bahawa kerajaan PH telah bersetuju menyuntik RM17.8 bilion kepada UJSB bagi tempoh 10 tahun supaya mereka berkemampuan membayar hutang kepada TH.

Dah kalau begitu, buat apa kita hendak jual aset Tabung Haji kepada UJSB? Kenapa tidak kita suntik sahaja RM17.8 bilion tersebut kepada TH supaya mereka dapat membaiki nilai aset tersebut dari masa ke semasa?

Apa keperluannya untuk kita letakkan belasan bilion wang negara ke dalam sebuah syarikat baru yang berada di bawah Menteri Kewangan? Hebat sangat ke Menteri Kewangan Malaysia zaman PH?

Maka munasabahlah Ketua Audit Negarapun tidak meyakini bahawa Tabung Haji akan dapat memperoleh RM27.56 bilion itu mengikut masa yang ditetapkan.

Inilah pelan pemulihan kurang akal yang menyusahkan semua orang. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts