JIKA SMPC DAPAT PERUNTUKAN, SEKOLAH SWASTA LAIN JUGA WAJAR DAPAT

380
SHARES
2.2k
VIEWS

Sebelum ini Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, beliau berkata Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) tidak akan menerima peruntukan kementerian kerana tidak termasuk dalam sistem pendidikan kebangsaan, sebagai jawapan kepada soalan lisan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Beliau kemudiannya menukar jawapan selepas dikritik oleh pimpinan DAP dan beliau berjanji menyediakan peruntukan kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) melalui peruntukan kerajaan persekutuan, seperti yang banyak dilaporkan oleh akhbar harian Cina semalam.

Seorang Menteri sewajarnya sentiasa konsisten dan menyemak apa yang hendak disampaikan kerana ia akan melibatkan dasar kerajaan, akta-akta tertentu dan juga persepsi umum terhadap beliau apatah lagi sekiranya ia melibatkan Akta Pendidikan 1996 yang jelas tidak membenarkan sekolah swasta diberikan bantuan.

Selain itu ia akan membuka ruang untuk sekolah swasta lain menuntut keistimewaan yang sama seperti yang diberikan kepada SMPC. Adakah kerajaan bersedia untuk melaksanakannya dengan menyalurkan dana kepada semua pendidikan swasta selepas ini ataupun mengajak mereka menyertai sistem pendidikan kebangsaan?

Semoga Maszlee selepas ini akan lebih berhati-hati dan cerdik dalam memberikan pandangan serta tidak terlihat  memihak kepada mana-mana kaum.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts