MASZLEE ‘FLIP FLOP’ DALAM ISU PERUNTUKAN SMPC

388
SHARES
2.1k
VIEWS

Hanya beberapa jam selepas dibidas oleh dua wakil rakyat DAP iaitu Ahli Parlimen Ipoh Timor, Wong Kah Woh dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, Ong Boon Piow, Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik membuat pusingan-U atau ‘flip-flop‘ yang menjadi jenaka ramai di media sosial.

Dr. Maszlee menjadi bahan jenaka netizen apabila dalam jawapan bertulisnya di Parlimen kepada wakil rakyat MCA iaitu Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mengenai Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), beliau berkata SMPC tidak akan menerima peruntukan kementerian kerana tidak termasuk dalam sistem pendidikan kebangsaan.

“KPM tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah dan murid yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kerana SMPC tidak digolong di bawah mana-mana kategori institusi pendidikan dalam sistem pendidikan nasional.”

“Disebabkan SMPC bukan sekolah awam atau di bawah bidang kuasa kementerian dan guru-gurunya bukan kakitangan awam, kementerian tidak boleh menggunakan peruntukan operasinya untuk SMPC, sekolah agama persendirian dan agensi pendidikan swasta lain.”

Kemudiannya Dr. Maszlee menukar jawapannya selepas dikritik dan beliau berjanji menyediakan peruntukan kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) melalui peruntukan kerajaan persekutuan, seperti yang dilaporkan beberapa akhbar harian Cina semalam.

Perkara sebegini amat jarang berlaku apatah lagi melibatkan jawapan di Parlimen oleh seorang Menteri dan Dr. Maszlee sewajarnya tidak mengubah pendirian serta merta yang bercanggah dengan jawapan asal yang dibentangkan demi untuk mengikut telunjuk DAP.

Apatah lagi dijawab dalam bahasa Cina sahaja.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts