MUHYIDDIN BOLEH LAKSANAKAN ‘VOTE ON ACCOUNT’

498
SHARES
2.9k
VIEWS

Oleh Azwan Omar

Hari ini menerima satu pesanan Whatsapp yang menyarankan untuk menelaah Perkara 68A Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat (Standing Orders).

Ia berkaitan dengan Perbahasan Bajet 2021 dan beberapa kemungkinan yang boleh berlaku seperti ramai yang sedang seronok berspekulasi ketika ini.

Setelah beberapa kali dibaca dan didapatkan intepretasi serta takrifan daripada beberapa sahabat dan kenalan daripada bidang guaman dan perundangan, Perkara 68A ini sangat menarik – sudah di-crop‘ elok-elok untuk dikongsikan untuk semua pembaca sekalian.

Perkara 68A ini memberikan peluang untuk Kerajaan membentangkan sebuah atau beberapa akaun (bukan bajet penuh) untuk dibelanjakan, agar diluluskan tanpa perbahasan oleh Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Dalam bahasa mudah, untuk perkara-perkara keperluan bagi Kerajaan – for housekeeping purpose only.

Maka, tidak timbul soal pembayaran emolumen dan gaji penjawat awam akan terjejas atau Kementerian Kesihatan tidak ada duit untuk memerangi COVID-19.

Pendek kata, sekiranya Kerajaan pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak ingin menghadapi situasi memalukan dan kalah pada undian minggu ini, beliau seharusnya mengarahkan Menteri Kewangan beliau, YB Tengku Zafrul untuk segera memaklumkan kepada Dewan bahawa Vote on Account (VOA) akan dibuat.

YAB Perdana Menteri pula untuk mendapatkan VOA ini bagi memastikan operasi Kerajaan berjalan lebih-lebih lagi dalam situasi COVID-19 ini memberi jaminan bertulis bahawa beliau akan MEMBUBARKAN DEWAN RAKYAT bagi satu Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan untuk memilih Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Itupun termaktub dalam syarat situasi COVID-19 sudah berkurangan dan terkawal.

Parti-parti politik yang mempunyai Wakil Rakyat di Dewan Rakyat, baik di pihak kerajaan atau pembangkang, harus memberikan undi mereka untuk VOA ini agar Anggaran Perbelanjaan untuk tujuan yang digariskan dapat dibelanjakan tahun hadapan.

Sekiranya YAB Perdana Menteri kita ini tiba-tiba hendak ‘feel lucky‘ atau mencuba nasib mahu melihat mungkin beliau terlepas dalam undian Bajet 2021 minggu ni, tetapi kemudiannya kalah maka;

Beliau harus segera ‘step aside‘ dan YB Tengku Zafrul juga terus membentangkan VOA. Cuma bezanya kali ini, VOA ini dibentang dan diluluskan oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat tanpa perbahasan dengan satu kepastian konvensyen bahawa Perdana Menteri telah KEHILANGAN KEYAKINAN MAJORITI Dewan Rakyat dan harus membubarkan Dewan Rakyat untuk PRU diadakan.

Maka, kini kita boleh melihat apa tindakan susulan Kerajaan Perikatan Nasional ini, lebih-lebih lagi Ahli Dewan Rakyat bagi Gua Musang, YB Mulia Tengku Razaleigh atau Ku Li telah mengambil keputusan tidak mahu terlibat dalam perbahasan Bajet 2021.

Itu belum khabar-khabar angin bahawa ada yang lain hendak mengikut keputusan Ku Li dan Tan Sri Muhyidin Yassin memang tidak mempunyai cukup sokongan – he doesn’t have the numbers!

Atau Tan Sri Muhyidin Yassin sudah tahu perkara ini akan terjadi. Beliau hendak gunakan ‘kekalahan’ ini sebagai modal menghadapi ‘pembangkang’ beliau dan parti Bunga pada PRU nanti.

Tuntas, VOA boleh dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Mengapa hendak berpolitik sempit dan keluarkan ‘notion‘ mengarut seperti penjawat awam tidak dapat gaji nanti? 

Dahulukan mana yang penting dan hormatilah kehendak rakyat. Bukankah itu tanggungjawab Kerajaan dan pemimpin sebenarnya?

Kita tunggu dan lihat.

23 November 2020

(Penggunaan bahasa dan ayat telah disesuaikan untuk tujuan siaran) 

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2794997364082464&id=1483882845193929

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts