KENAPA BUKAN LIM KE CHINA?

364
SHARES
2.1k
VIEWS

Di sebalik retorik politik mengenai SST yang tidak membebankan rakyat tetapi tidak telus berbanding GST yang diutarakan oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng, Malaysia dikejutkan dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin ke China sebagai utusan khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Persoalan yang timbul ialah kenapa bukan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan dihantar ke China bagi merundingkan satu perjanjian yang sebelum ini dikatakan berat sebelah oleh Tun Mahathir?

Beliau sendiri mendedahkan bahawa Tun Daim dihantar ke China untuk membincangkan semula pinjaman dan kontrak yang ditandatangani pentadbiran BN sebelum ini.

“Kerana kita dapati perjanjian-perjanjian itu terlalu menekan. Sebahagian daripada kos (dalam projek-projek tertentu) tidak perlu, (jadi) bagaimana kita tangani bahagian-bahagian yang kita tidak perlukan.”

Walaupun Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan mengenai urusan Tun Daim dihantar ke China adalah sebagai ‘utusan khas’ menjelang kunjungan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadualkan bulan depan namun Tun Daim bukanlah individu yang layak ke sana bagi merundingkan sebarang perkara mewakili Malaysia kerana beliau tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan.

Maka, apakah yang dirundingkan sebenarnya?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts